Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 28, 2025 @ 2:32pm

Shiha Zikir Tinjau Lot Bangunan, Bakal Tampil Bisnes Baharu? Peminat Puji: “Pandai Atur Kerjaya”

Hantaran terbaharu penyanyi Shiha Zikir di media sosial beberapa hari lalu mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi video pendek yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menerusi rakaman berdurasi kurang dua minit itu, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir dilihat sedang meninjau sebuah lot bangunan yang sedang dalam proses ubah suai.

Walaupun tidak menjelaskan tujuan sebenar, pemenang trofi Persembahan Terbaik Anugeraj Juara Lagu 37 menerusi lagu Irama itu memberi bayangan seakan-akan sesuatu yang baharu bakal bermula dalam hidupnya.

“Insya-Allah tidak lama lagi, satu lagi perjalanan baru akan bermula. Saya akan kongsikan tidak lama lagi. Terima kasih banyak-banyak atas doa yang baik dari kalian semua,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian itu lantas mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan pengumuman rasmi daripadanya.

Ada yang mengucapkan tahniah, manakala sebahagian pula meneka kemungkinan Shiha bakal membuka perniagaan baharu.

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat gembira dengan pencapaian pelantun lagu AEWO dan memujinya kerana pandai mengatur perjalanan kerjaya.

Ada juga peminat yang tertanya-tanya sama ada Shiha bakal membuka cawangan restoran terbaharu atau memulakan bisnes lain.

Untuk rekod, Shiha sebelum ini sudah memiliki dua cawangan perniagaan makanan Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baru dan Shah Alam serta menguruskan syarikat miliknya sendiri, Shiha Zikir Empire.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Trending Tue, 13 Oct 2020
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

‘Mula-Mula Segan, Tapi…’-Fara Fauzana Kongsi Pengalaman Buat FB Live Di Makkah

Alhamdulillah…seronok dengar pengalaman Fara. Semoga kita semua diberi peluang untuk mengerjakan Umrah bersama yang tersayang nanti!

Hiburan Thu, 22 Aug 2024
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Hiburan Mon, 5 Nov 2018
Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!