Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 29, 2024 @ 6:33pm

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

“Apa yang dia mention dekat live TikTok dan sebagainya itu adalah fitnah terhadap saya”.

Demikian respons individu wanita yang didakwa telah melakukan pecah amanah dan melarikan duit perniagaan rakan kongsinya yang juga merupakan pelakon wanita popular.

Katanya menerusi temu bual dalam program Melodi TV3, dia menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres tersebut, termasuklah berkenaan jumlah wang yang diuar-uarkan di platform media sosial.

Malah, tindakan tidak profesional aktres itu menyebabkan nama dan reputasi perniagaannya terjejas.

“Ada satu pelakon wanita popular dia dah viralkan saya dan saya disini mahu menafikan kenyataan beliau terhadap saya sekeras-kerasnya.

“Apa yang dia mention dekat live TikTok dan sebagainya itu adalah fitnah terhadap saya.

“Saya adalah partner dia. Bila saya decide nak buat business dengan dia, saya menunggu termasuklah sudah submit semua dokumen, tetapi saya tak dapat feedback daripada dia.

“Dia spin banyak sangat cerita sehinggakan nama saya terjejas. Kita ada bahagian masing termasuklah bahagian profit sharing.

“Selain itu, amaun yang dia sebut di sosial media itu adalah amaun yang tidak tepat.

“Dia maklumkan kepada orang yang saya pecah amanah. Saya staff yang mencuri duit dan macam-macam tuduhan yang tidak patut pun dikeluarkan sedangkan netizen tidak tahu yang dia juga mesej partner saya.

“Tindakan tersebut dan dakwaan yang dilemparkan itu menjejaskan reputasi perniagaan saya dan bila bercakap pasal pecah amanah, itu adalah isu yang sangat besar pada saya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada individu terbabit terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik, dia bagaimanapun memaklumkan, pelakon jelita itu tidak memberikan sebarang respons.

“Saya nak dia berani datang jumpa saya … kalau dia mention dakwaan yang saya ada berhutang dengan dia, bawa lari duit dan sebagainya, dia juga kena ingat… bahawa dia juga ada berhutang dengan saya.

“Sebenarnya saya nak dia datang berbincang secara profesional dan dapatkan data-data yang sahih sebelum dia mengelirukan netizen,” jelasnya.

Mengulas lanjut,  individu wanita berkenaan juga menegaskan, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu jika aktres itu gagal membuat permohonan maaf dan berjumpa dengannya.

“Saya ada mengenal pasti beberapa akaun yang menyebarkan fitnah dan memang akan ada tindakan susulan yang diambil termasuklah terhadap pelakon tersebut dalam masa terdekat.

” Apapun saya tunggu dia datang berjumpa saya dan saya tahu dia memang nak berjumpa tapi dia nak bawa beberapa orang so saya tidak mahu. Di awal kita sudah profesional dan apa kata kita habiskan secara profesional juga.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Hiburan Sun, 18 Aug 2019

Wow…Tiket Konsert Exists Reunion Licin Habis!

Walaupun tiket konsert di Singapura sudah habis terjual, peminat dari negara itu masih boleh menonton persembahan Exist dengan membeli tiket konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September nanti.

Featured Tue, 10 Dec 2024
Featured Mon, 27 Apr 2026

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Trending Mon, 15 May 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Fri, 5 Jun 2026

“Kaum Wanita Kena Ada Duit Sendiri, Jangan Tunda Hidup Tunggu Lelaki Yang Tepat ”- Mimi Lana

Mimi Lana berkata golongan wanita tidak seharusnya mengehadkan kebahagiaan diri sendiri semata-mata untuk kebaikan orang lain

error: Content is protected !!