Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2022 @ 4:19pm

[VIDEO] “Saya Akan Bersuara Tapi Ini Bukan Masanya…” – Syamsul Yusof Tampil Beri Penjelasan

Selepas isu rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan, timbul pula kontroversi lain baru-baru ini apabila pengarah itu berang dengan segelintir media.

Bagaimanapun, tidak mahu terus ‘menyorok’, Syamsul akhirnya bertemu sendiri dengan individu terbabit yang didakwa menjadi punca tercetusnya ‘perbalahan’ ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Justeru itu, bagi mendapatkan kenyataan berkenaan isu tersebut, pihak Mbuzz tampil menemu bual pengarah terkenal itu pada Isnin.

Menurut Syamsul, dia mengakui satu Malaysia menunggu kemunculannya untuk mendapatkan jawapan berhubung isu panas melibatkan rumah tangga dan sebab kenapa beliau tidak muncul pada tayangan perdana filem terbaharunya, Mat Kilau yang berlangsung pada 16 Jun lalu.

Namun, bagi Syamsul, 38, ini bukanlah masa yang sesuai untuk beliau.

“This is a real life… saya akui satu Malaysia sedang mencari Syamsul Yusof.

“Saya akan bersuara tapi ini bukan masanya. That’s why saya datang hari ini bukan sebab saya marah. Tapi kadang-kadang tajuk atau penulisan sekali pun.

“Saya di sini bukan untuk menyalahkan… mungkin saya juga ada buat salah kan?” katanya.

Sementara itu, Syamsul mengakui tindakannya berdiam diri menyebabkan pihak media tertekan dengan kehendak netizen.

“Walaupun saya tak nak komen, at least saya bagitau dia something.

“Mungkin bila saya silent terus, reporters pun tertekan dengan kehendak netizen. Tapi bila saya tengok tulisan tu dah agak… Saya lagilah tak nak terlepas mulut nak bantai sesetengah media.

“Saya tahu ada benda memang kesilapan saya. Cuma saya bersyukur hari ini dapat datang dan berbincang dan masing-masing menyedari kesilapan masing-masing,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Trending Wed, 28 Aug 2019

“Terima Kasih”, Firefly Airlines to Give Back to the Community

Firefly Airlines remind us on the basics of the briefest etiquette with ‘Terima Kasih’.

Featured Fri, 21 Jun 2019

Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Ketahui panduan ini sebelum membeli kerusi kereta bayi untuk si kecil.

Trending Thu, 2 Jul 2020
error: Content is protected !!