Featured By: Ad Ops June 21, 2019 @ 12:00pm

Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Walaupun hidup kita sudah maju dalam pelbagai aspek, masih ada segelintir individu yang masih di takuk lama terutama membabitkan tahap keselamatan anak ketika berada di dalam kereta.

Jika orang dewasa mempunyai pinggang keledar dan wajib memakainya apabila berada di dalam kenderaan, si kecil pula patut menggunakan kerusi kereta (child car seat) yang direka khas untuk saiz mereka.

Malangnya, ada ibu bapa yang tidak memahami kepentingan dan fungsi kerusi kereta bayi/kanak-kanak itu terhadap keselamatan anak mereka.

Ada yang beranggapan mereka tidak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana mereka memandu dengan cermat serta berhati-hati, justeru tidak memerlukan alat keselamatan berkenaan.

Ada juga yang menganggap kerusi kereta bayi atau kanak-kanak adalah sesuatu yang mewah kerana harganya yang agak tinggi menyebabkan mereka tidak mampu memilikinya walaupun kerusi berkenaan mempunyai fungsi penting terhadap keselamatan anak mereka.

Tetapi faktor utama mengapa ibu bapa tidak menggunakan alat ini adalah kerana tiada penguatkuasaan undang-undang.

Perkara ini akan berubah kerana mulai tahun hadapan, kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan  undang-undang yang mana setiap keluarga dengan anak kecil wajib memasang kerusi kereta. 

Jadi bagi mereka yang belum lagi menggunakan kerusi keselamatan ini yang dipanggil Sistem Keselamatan Kanak-kanak (CRS), anda perlulah tahu sedikit-sebanyak mengenainya. 

Pegawai penyelidikan daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan, berkongsi beberapa info penting mengenai kerusi kereta sekiranya ibu bapa mahu membelinya.

Foto: carsandseats.com

Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi kereta

1. Saiz dan ketinggian anak

Terdapat beberapa jenis CRS yang dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak. Jangan main pilih sahaja mengikut warna atau reka bentuk kesukaan anda! Kenal pasti dahulu kesesuaiannya mengikut saiz badan anak anda.

Menurut piawaian di Malaysia, kanak-kanak diwajibkan untuk menggunakan CRS selagi mereka tidak mencecah ketinggian 135cm. 

2. Jenis kenderaan

Semua keluaran kereta baharu datang dengan sistem Isofix yang membolehkan pengguna memasang kerusi kereta padanya. 

Bagi kereta lama pula, anda boleh gunakan tali pinggang. Jadi apabila membeli CRS, buatlah pilihan yang sewajarnya.

Untuk mengenal pasti jenis kerusi kereta yang paling sesuai, layari laman sesawang www.nhtsa.gov/campaign/right-seat  untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Tiada bajet untuk membeli CRS berkualiti tinggi?

Pelbagai kerusi kereta dijual di pasaran pada harga yang berlainan. Kerusi kanak-kanak yang lebih mahal itu pastinya menawarkan ciri-ciri yang lebih teknikal.

Malangnya disebabkan oleh kekangan wang, ramai orang memilih untuk membeli CRS yang tidak diiktiraf hanya kerana harganya yang lebih murah.

Nurulhana berkata, apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi kerana tidak semua CRS yang berkualiti dijual dalam lingkungan harga RM1,000.

“Ada CRS yang telah lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300.

“Daripada beli kerusi yang tidak selamat, lebih baik anda jimat sedikit sahaja lagi untuk beli kerusi yang berkualiti,” katanya.

Nurulhana juga berkata ada sesetengah pengeluar kereta yang menawarkan kerusi kereta sekali dengan pakej pembeliannya.

Foto: Arabian Business

Amaran!

Walaupun anda mencari alternatif yang murah, jangan terpedaya dengan produk yang murah tetapi tidak memenuhi piawaian keselamatan. 

Setiap pengedar CRS perlu mematuhi peraturan kelulusan piawaian R44 atau R129. Kerusi kereta dengan piawaian selain ini tidak akan diiktiraf di Malaysia walaupun mereka tetap menawarkan ciri-ciri keselamatan. 

Ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus, tetapi mereka melekatkan label yang tidak sahih pada produk mereka.

Nurulhana berkata, seiring dengan penguatkuasaan undang-undang pada tahun hadapan, MIROS akan menyediakan satu pangkalan data yang menyenaraikan pengeluar CRS yang diiktiraf.

“Piawaian ini telah ditetapkan demi keselamatan pengguna. Jika sesebuah CRS itu tidak mengikut piawaian, ia bukan sahaja tidak dapat menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Di mana kerusi kereta patut diletakkan?

Untuk pengetahuan anda, CRS terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang menghadap ke arah hadapan dan juga menghadap ke belakang.

Bagi CRS yang memandang ke belakang, tempat terbaik adalah di belakang tempat duduk penumpang hadapan (asalkan bertentangan dengan tempat duduk pemandu supaya mudah untuk dicapai dengan tangan).

Foto: AAFP

Sama juga dengan CRS yang pandang ke hadapan. Tetapi kerusi jenis ini boleh juga diletakkan di hadapan, asalkan tempat duduk penumpang dibelakangkan sedikit supaya ada ruang yang secukupnya.

Bagaimanapun, Nurulhana berkata, jika kereta anda mempunyai beg udara (airbag) yang tidak boleh dimatikan, jangan sesekali pasangkan CRS pandang belakang di tempat duduk hadapan.

“Sekiranya berlaku perlanggaran, beg udara itu akan diaktifkan dan CRS anak anda pula akan dilantun ke belakang,” katanya. 

Anak merengek kerana disuruh menggunakan CRS?

Selidik dahulu mengapa dia berkelakuan seperti itu. Antara kemungkinan besar ialah kerusinya tidak selesa untuk diduduki. Sesetengah kerusi kereta menggunakan kain yang panas. Adakah itu sebabnya?

Selain itu, ibu bapa juga perlu pandai menghiburkan si kecil supaya dia terleka. Berilah dia snek ataupun buku. Anda juga boleh bercakap dengannya atau menyanyi.

Nurulhana berkata, ibu bapa perlu memastikan anak kekal duduk dalam kerusi kanak-kanak kerana keselamatan lebih penting.

“Jika dia menangis, biarkan sahaja. Anda perlu keraskan hati demi keselamatannya. Sebaik dia sudah serasi dengan kerusi berkenaan, berikan kata-kata pujian dan dorongan supaya dia akan lebih berminat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Apr 2021

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah. Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke […]

Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

Featured Tue, 25 Jun 2024

Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Spider ‘Keluar Sarang’ Hiburkan Lebih 2,400 Peminat Dalam Sebuah Konsert Mantap!

Spider memang berbisa dari dulu sampai sekarang! penuh satu Zepp KL dengan peminat

Featured Wed, 5 Apr 2023
Eat Travel Wed, 10 Jun 2020

Nasi dagang Kak Engku penuhi cita rasa selera Pantai Timur

Makan seperti satu keluarga, erat silaturahim

Featured Tue, 6 Jul 2021

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. […]

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Sun, 2 Dec 2018

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Bersenam secara berkumpulan dapat mengembalikan keghairahan kamu untuk menjalani hidup sihat.

error: Content is protected !!