Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2024 @ 7:24pm

“Jagalah Jarak Jika Perlu, Bukan Bererti Kamu Yang Paling Jahat…” – Puteri Sarah Liyana Titip Pesan, Mohon Netizen Pilih Jalan Positif

Pelakon Puteri Sarah Liyana menitipkan pesan tentang pentingnya setiap individu menjaga jarak termasuklah dalam perhubungan persahabatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Sarah berkata, jarak itu satu bentuk perlindungan diri kerana tidak semua orang yang baik dan positif itu sentiasa bersama kita.

“Jagalah jarak jika perlu. Bukan bererti kamu yang paling jahat atau tidak peduli, tetapi terkadang menjaga jarak itu bentuk perlindungan diri kerana tidak semua orang baik berada di lingkunganmu. Terutama jika mereka hanya membawa energi negatif, jarak itu penting untuk kesihatan mentalmu,” kongsinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, Sarah juga menjelaskan bahawa seseorang itu tidak perlu merasa bersalah jika mewujudkan jarak dalam sesuatu perhubungan demi menjaga ketenangan fikiran.

“Jangan merasa bersalah untuk mundur sejenak demi menjaga ketenangan fikiran dan hatimu kerana bila berteman tetapi sebenarnya dia hanya ingin melihat kamu jatuh.

“Pada akhirnya kamu yang paling tau apa yang terbaik untuk dirimu sendiri. Carilah lingkungan yang positif,” katanya.

Dalam hantaran sama, Sarah turut memuat naik foto miliknya bersama rakan baiknya, Bella Astillah.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan Sarah sekaligus menitipkan doa agar hubungan persahabatannya bersama Bella berkekalan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 15 Jul 2019

xtra好康头 | 送你《陈小春「STOP ANGRY」巡回演唱会2019》入门票

xtra好康头 送你《陈小春「STOP ANGRY」巡回演唱会2019》入门票,让你随着他的歌声「体验」陈小春的人生。

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

Hiburan Sun, 18 May 2025

Noraniza Idris Kesal Niat Baik Disangka Gimik

Niat Kak Ani hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Bakal Tunai Umrah, Zamani Mahu Taja Pelajar Tahfiz

Semoga dipermudahkan urusan Zamani di sana, Insya Allah…

Trending Sat, 1 Jun 2024

Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Difahamkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

error: Content is protected !!