Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 7, 2021 @ 4:57pm

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me.

Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah umur yang berusia 17 tahun.

Namun isu ini telah dijawab oleh empunya badan sendiri menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

 

 

“Produksi itu panggil saya untuk mesyuarat, mereka bagitahu cuma storyline, tapi mereka tak bagitahu pun cerita ini promote apps gay, mereka tak bagi tahu secara mendalam,” kata Danish

“Bila kami dah start shoot, segalanya berjalan lancar, pada awalnya ikut storyline, hari seterusnya baru saya tahu cerita ini bertujuan untuk mempromosi sebuah apps tapi tidak diberitahu apps apa,” kata Danish

Danish menjelaskan pada mulanya jalan cerita drama ini mengetengahkan mesej mengenai persahabatan dan dia terpaksa berhenti melakukan penggambaran kerana dijangkiti wabak Covid-19.

Tetapi apabila dia kembali semula untuk menyambung penggambaran, dia dikejutkan dengan penambahan babak yang memerlukan dia untuk melakonkan babak romantik bersama kaum sejenis.

“Kami tidak tahu, ibu bapa saya pun tidak tahu bahawa cerita ini ada babak-babak seperti itu, mereka yang tambah sendiri, cerita ini kami dah shoot separuh jalan dan sudah nak habis dah.

“Terpaksalah, bukannya saya rela hati. Selepas itu, hari drama itu dikeluarkan, baru saya dapat tahu cerita ini mempromosikan apps gay sebab sebelum ini mereka tak bagitahu pun apps apa,” jelas Danish.

Danish menekankan bahawa dia memang tidak akan menyambung penggambaran jika pihak produksi menjelaskan secara lengkap mengenai drama ini pada awal penggambaran.

Danish bersama-sama dengan ibu bapanya memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap produksi terbabit kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku.

 

Sementara itu, Harian Metro pada Isnin melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membawa kes ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Elfira Loy Sudah Hamil?

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik story yang menunjukkan beliau seakan mengidam asam jeruk. Selalunya ibu-ibu mengandung memang macam ni. Dah bagi hint ke tu?

Trending Wed, 14 Nov 2018

Jijiknya! Guru Dipenjara 10 Tahun Selepas Raba Kemaluan Pelajar

Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.

Featured Mon, 8 Jan 2024

16 Tahun Kembali Pada Fitrah, Adam Corrie Mengaku Tak Rindu Nak Makan Daging B*bi

Allahuakbar, tak baik main tuduh sampai macam tu sekali🔥 Malu lah wei!

Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?

TECH Wed, 19 Dec 2018
error: Content is protected !!