Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2025 @ 4:15pm

Noraniza Idris Kesal Niat Baik Disangka Gimik

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris tampil menjelaskan tujuan sebenar di sebalik pelaksanaan inisiatif Golden Voucher yang diselitkan secara rawak dalam pek Murukku Che Ani Premium.

Menurut pengasas Che Ani Premium itu, inisiatif terbabit dilaksanakan dengan penuh keikhlasan tanpa niat untuk meraih publisiti atau menunjuk-nunjuk di media sosial.

“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.

Tambah Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, dia tidak pernah merancang untuk membuat rakaman video ketika penyerahan wang tunai atau menayangkan pemberian tersebut secara terbuka kepada umum.

“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan.

“Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.

Dalam kenyataan susulan, pihak pengurusan Che Ani Premium turut menegaskan bahawa penyertaan dan pemilihan penerima Golden Voucher dilakukan secara telus serta rawak.

Mereka menekankan bahawa objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyebarkan semangat memberi dan membantu sesama, tanpa mengharapkan balasan.

Syarikat itu juga merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan yang tidak putus-putus dan berharap masyarakat akan terus menilai sesuatu dengan hati terbuka.

“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.

“Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat,” ujar wakil Che Ani Premium.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Jue Aziz Sah Sudah Bercerai

Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal kini sah bercerai

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Individu Samakan Wajah Dengan B*bi, Syasya Rizal Tak Teragak Saman Kritikan Melampaui Batas

Syasya Rizal bakal ambil tindakan undang-undang terhada netizen susulan isu termakan daging babi

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Trending Sat, 17 Aug 2019

Tun M Buat Kejutan di Pagi Sabtu?

Jangan merokok, jangan minum alkohol, makan bersederhana dan jom naik basikal, kata Tun M.

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Wed, 24 Jan 2024
Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!

error: Content is protected !!