Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 9, 2022 @ 2:01pm

Demi Tuntutan Kerja Dan Kekal Relevan, Shahz Jaszle Turun 16kg Dalam Tempoh 23 Hari!

Pelakon Shahz Jaszle, atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 34, berjaya menurunkan berat sebanyak 16 kilogram (kg) dalam tempoh 23 hari demi memenuhi tuntutan kerja.

Menurut Shahz, berat badannya naik mendadak sehingga mencecah 86 kg ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Bila duduk di rumah tidak ada buat apa, memang makan-makan saja. Apatah lagi, saya penggemar makanan yang mana boleh ‘travel’ (berjalan) jauh semata-mata untuk makan.

“Namun, setiap kali produksi hendak ‘menjual’ nama saya kepada stesen televisyen, pasti mereka tanya saiz tubuh ketika itu. Jadi, atas nasihat rakan-rakan saya mengamalkan diet.

“Boleh dikatakan peminat pun seperti tidak kenal jika terjumpa saya di luar kerana keadaan tubuh yang berisi. Alhamdulillah, kini saya berjaya mendapatkan berat badan ideal. Saya amalkan pengambilan makanan sebanyak 500 kalori saja sehari,” katanya.

Pelakon itu juga menjelaskan dia terpaksa menurunkan berat badan supaya kekal relevan dalam bidang lakonan.

Malah, Shahz mengakui bukan mudah untuk memulakan gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan sehingga pernah mengalami salah faham bersama isteri ketika awal berdiet.

“Isteri saya suka memasak dan masakannya sedap. Jadi, saya terpaksa berlawan dengan keinginan untuk makan kerana hanya makan 500 kalori saja sehari.

“Kita sudah biasa makan, bila kena kawal jumlah makanan itu memang membuatkan saya cepat naik angin dan ‘moody’.

“Namun, sekarang tidaklah sesukar dulu. Tidak dinafikan isteri pun turut tergugat sejak saya kembali kurus. Mungkin rasanya dia lebih gemar saya gemuk kerana kurang rasa tak selamat,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Trending Tue, 18 Dec 2018
Featured Sat, 10 Aug 2024
Featured Wed, 24 Jun 2026

“Saya Nak Anak Kembar” – Noor Nabila Terbuka Jalani Rawatan IVF 

Noor Nabila Mohd Noor mengakui menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Status ‘Maaf, Saya Mula Penat’ Ardell Terus Jadi Tanda Tanya

Saya hanya insan biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan yang saya lalui. Saya juga ada perasaan dan buat masa ini, saya hanya melakukan perkara yang saya mahu buat…

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
error: Content is protected !!