Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 10, 2023 @ 3:51pm

Tak Rela Dimadu Suami Narsisistik, Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Lepaskan – “Awak Block Saya, Tak Ajak Berbincang”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meminta suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof untuk melepaskannya, kerana tidak rela dimadu.

Ia ekoran pendedahan Syamsul yang telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, Sarah memuat naik hantaran foto bersama anak-anaknya beserta kapsyen yang amat menyayat hati ramai pengikutnya.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better.,” tulisnya.

Sebelum ini, Syamsul berkongsi foto pernikahannya bersama Puteri Sarah dan isteri keduanya, Ira Kazar telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai.

Artikel Berkaitan: “Moga Kedua-Kedua Isteriku Tenang & Banyakkan Bersabar” – Syamsul Yusof

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sarah meninggalkan kata semangat agar terus tabah menghadapi ujian rumah tangga.

Terdahulu, Sarah terkejut dengan perkongsian Syamsul dan memohon suaminya itu untuk memikirkan mental dan emosi anak-anak mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Mon, 13 Mar 2023

“Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

Well deserved! Penantian selama 16 tahun yang amat berbaloiii. Congrats Ummi ❤️❤️❤️❤️

Events Tue, 23 Apr 2019

刘力扬久未来马自嘲粉丝不见了!最想与曹格合作

Jeno刘力扬相隔7年再度来马,以旋风式展开宣传行程,为即将发行的新专辑暖身。

Featured Sun, 30 Dec 2018

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Senang saja teknik ini dan anda takkan rasa penat sangat.

Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun

Hiburan Tue, 17 Mar 2026
Hiburan Sat, 17 May 2025
Featured Sat, 28 Jan 2023
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenali Hati Budi Timbalan Speaker DUN Selangor, A. Aida Mohon Doa Yang Baik-Baik

Datuk A Aida mohon doa yang baik-baik, sedang kenali hati budi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin.

error: Content is protected !!