Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 25, 2022 @ 5:18pm

“Dosa Buat Kita Rendah Diri Dengan Satu Syarat…” – Aliff Aziz Kongsi Cara Perbaiki Diri

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.

Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.

“Dosa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.

“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.

“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.

Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.

“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan alasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.

“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.

“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.

Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.

“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.

“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya semasa ditemui semasa sesi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di slot Akasia, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Apr 2025

“Majlis Sederhana Persis Yang Kami Impikan” – Aisyah Aziz Luah Rasa Syukur, Doa Perkahwinan Sentiasa Berlandaskan Iman & Cinta

Majlis yang diadakan secara intimate ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!

Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

「草根追梦者」张恒远:追梦赤子心

没有光鲜亮丽的外表,也没有光环笼罩的过去;张恒远的成长历程,倾注着他对于音乐的执着和热爱!

Trending Fri, 7 Jun 2024

Pesona Warna Pesta Permata

HABIB GEMFEST 2024

Featured Fri, 30 Jan 2026

“Niat Saya Untuk Melindungi Bukan Menghina” – Nafi Bermusuh, Mia Sara Kagum Dengan Puteri Balqis

Kata Mia, tidak wujud sebarang masalah peribadi antara dirinya dan Puteri Balqis.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

error: Content is protected !!