Euforia Bola 2026
Filem By: SGMS Fas February 26, 2018 @ 11:07am

Festival Filem Iran Bermula 7-17 Mac

Buat julung kalinya, para kaki wayang di negara ini  bakal menyaksikan enam buah filem terbaik Iran yang akan ditayangkan secara percuma bermula pada 7 hingga 17 Mac depan.

Tayangan sempena Festival Filem Iran (FFI)  itu akan disiarkan melalui empat buah pawagam  GSC (Golden Screen Cinemas) di Kuala Lumpur (7-11 Mac), Pulau Pinang (12-14 Mac) dan Johor Bahru dari  15 hingga  17 Mac .

Enam buah judul filem Iran pelbagai genre yang terpilih meliputi ‘Seeet Taste of Imagination”, ‘The Queen’, ‘Ceasefire 2’, ‘Where Are My Shoes’ Crazy Castle’ dan ‘Under The Smoky Roof’.

Mereka yang terbabit dalam penganjuran FFI bergambar kenangan.

Mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di pawagam GSC Midvalley pagi tadi, Encik Mohammad Reza Shams selaku pengarah  festival berkata, kesemua enam buah filem berkenaan adalah yang terbaik malah telah memenangi beberapa anugerah sebelum ini termasuk di Festival Filem Fajr 2017 di Tehran.

“Adalah menjadi harapan kami festival ini mampu menyemarakkan hubungan   dua hala antara Iran dan Malaysia khususnya dalam perkongsian budaya dan diplomatik,” ujar Mohammad Reza.

Pada majlis pelancaran FFI di Kuala Lumpur kelak, Iran akan membawa  dua pemgarah disamping dua pelakon wanitanya.

Pemgarah Pooran Derakshandeh dan aktres Merila Zarei akan hadir pada pelancaran di Kuala Lumpur pada 5 Mac manakala pengarah Abolhassan Davoosi dan aktres Azita Ajian akan berada pada majlis pelancaran di Penang (12 Mac) serta Johor Bahru pada 15 Mac.

FFI anjuran Pusat Kebudayaan, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia dikelolakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FiNAS) serta GSC Sdn Bhd.

Maklumat lanjut berhubung jadual dan tiket percuma boleh layari laman web GSC.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 20 Aug 2019

大马多元美食文化!灵感来自沙巴糕点的「UFO挞」

国庆日即将来临,这星期《好吃!》将带大家去品尝大马美食的美以及体验那多元美食的文化。

Filem Tue, 3 Dec 2019

Ejen Dayang And Neelofa Looks So Alike; Are We Possibly Getting A Collaboration Between The Two?

The resemblance is uncanny! Can fans expect something in future projects?

Filem Mon, 18 Feb 2019

Follow Award-Winning German Designer Horst Raack on His Next Fashion Competition

It’s eye-opening to see what he goes through to win those prestigious awards.

Filem Wed, 3 Jul 2019

暌违半年村长和村长夫人「终于」回来啦!

暌违半年,村长和村长夫人「终于」回来《好吃》啦!

Filem Wed, 20 Sep 2023
Filem Thu, 17 Jan 2019
Filem Thu, 29 Mar 2018

梁祖仪:拥有「非一般」完美童年

从小就站上舞台表演的Joey梁祖仪,曾参与过无数的歌唱和选美比赛。9岁那年,她以豆豆姐妹组合推出首张专辑,开启了演艺之路,成为童星;隔年她就「正式」踏入演艺圈,参与不少电视剧的演出。

Filem Thu, 14 Dec 2017
error: Content is protected !!