Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2025 @ 9:50pm

“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini menyorot perhatian ramai apabila meluangkan masa menziarahi seorang peminat setianya, Mohd Fadzil, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menyifatkan peminat sebagai kekuatan utama sepanjang perjalanan karier seninya, Siti berkata, Fadzil adalah antara peminat yang sangat setia dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi termasuk mengikuti beliau ke mana sahaja.

“Fadzil ini adalah peminat saya yang sangat setia. Kesetiaan mereka sampai wujud kumpulan peminat tersendiri yang begitu kuat menyokong saya. Dalam apa juga keadaan, mereka akan sentiasa bersama dan menyokong,” katanya.

Tambah Siti, dia juga sering melihat kelibat Fadzil setiap kali menghadiri acara, malah sentiasa hadir menghantar dan menyambut beliau termasuk ketika ke luar negara.

Justeru, apabila dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Fadzil yang semakin merosot sehingga dimasukkan ke ICU, Siti mengambil kesempatan menziarahinya di wad kecemasan selepas mendapat keizinan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Manalah kita tidak sedih dengan apa yang berlaku. Jadi bila ada ruang dan keizinan suami, saya ambil peluang untuk melawat dan memberi sokongan,” jelasnya.

 

Menurut Siti, peminat adalah nadi kekuatan yang membolehkan beliau terus bertahan dalam industri seni sehingga kini.

“Kalau tiada sokongan peminat, kita tidak akan bertahan selama ini.

“Pengorbanan mereka sangat besar dan kehadiran saya sekurang-kurangnya diharap dapat memberi semangat walaupun dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mungkin dia boleh dengar,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya, Siti memaklumkan, ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada setiap pengorbanan yang dilakukan peminat selama ini.

Selain itu, Siti berharap kehadirannya dapat menyuntik kekuatan buat Fadzil.

Dalam kunjungan tersebut, Siti turut membisikkan kata-kata semangat dengan menyebut nama peminatnya itu serta memintanya untuk mengingati Allah SWT, berzikir, beristighfar dan mengucap dalam hati.

“Saya mengharapkan doa daripada semua agar ada keajaiban untuk dia dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan,” kongsinya.

Difahamkan, beberapa peminat Sitizoners lain turut hadir menziarahi Fadzil sebagai tanda solidariti dan kasih sayang sesama ahli komuniti peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020

KWSP: Program i-Sinar Diperluas Kepada 8 Juta Pencarum, Dinaikkan Kepada RM 10,000

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan Pogram i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta pencarum bakal mendapat manfaat. Program i-Sinar turut […]

Featured Fri, 3 Oct 2025

Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tahniah! Raja Ilya, TWG Nikah Bulan Depan

Pasangan ini bakal bernikah di Perth di dalam sebuah majlis tertutup pada bulan Disember 2018.

Figura Wed, 29 May 2024
Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

error: Content is protected !!