Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 25, 2026 @ 4:00pm

“Bukan Kecil atau Mancungkan” – Zahiril Adzim Perjelas Rawatan Hidung Cuma Lemahkan Otot Elak Terlalu Kembang

Pelakon, Zahiril Adzim tampil menjelaskan video dirinya menjalani rawatan di sebuah klinik kecantikan yang tular di media sosial.

Ketika ditemui XTRA, Zahiril atau nama lengkapnya, Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menjelaskan rawatan itu bukan untuk mengecilkan atau memancungkan hidung seperti didakwa ramai, sebaliknya bertujuan untuk melemahkan otot di bahagian tersebut.

“Hidung saya masih besar, saya bukan kecilkan hidung. Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya ia tidak membesar, itu saja,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, aktor berusia 42 tahun itu turut menegaskan dia tidak berniat mengubah bentuk hidungnya.

“Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Saya dah 14 tahun dalam industri. Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau kesepuluh saya sudah buat.

“Bukan buat sebab kurang keyakinan diri. Ini baru pertama kali saya cuba. Saya pun tak pasti apa perubahannya, tapi terasa lembut sedikit,” katanya.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Filem dan Sidang Media Amira Amir di Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa.

Sementara itu, Zahiril berkata, dia mengetahui pihak klinik akan memuat naik rakaman rawatan berkenaan di media sosial, sekali gus menepis anggapan dia berniat menyembunyikan perkara itu.

“Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka nak post, saya tiada nak rahsia-rahsia,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jan 2020

IKEA Tutup 30 Cawangan Di China Akibat Koronavirus

Pusat perabot IKEA di seluruh China akan ditutup buat sementara waktu hingga ada notis baru dikeluarkan. Penututpan itu dilakukan akibat daripada penularan wabak koronavirus yang melanda negara itu. IKEA yang mempunyai 30 cawangan di seluruh […]

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Saya Gelisah Fikirkan Inspektor Sheila” – Iqbal Zulkefli Kekal Doa Teman Baik Dapat Keadilan

Iqbal Zulkefli meluahkan rasa bimbang serta tidak tenang memikirkan keadaan Inspektor Sheila

Trending Fri, 23 Oct 2020
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

error: Content is protected !!