Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 13, 2025 @ 1:27pm

“Saya Gelisah Fikirkan Inspektor Sheila” – Iqbal Zulkefli Kekal Doa Teman Baik Dapat Keadilan

Penyanyi dan usahawan, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa bimbang serta tidak tenang memikirkan keadaan Inspektor Sheila, yang kini menjadi perhatian umum selepas berdepan kontroversi membabitkan dirinya baru-baru ini.

Menurut Iqbal, sepanjang mengenali dan bersahabat dengan wanita berkenaan, dia tidak pernah melihat sisi buruk mahupun sikap kasar seperti yang tular di media sosial ketika ini.

“Saya tidak berani mengulas tentang isu beliau namun setiap hari saya gelisah memikirkan Inspektor Sheila.

“Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya,” katanya.

Jelas Iqbal lagi, hubungan persahabatan antara mereka sudah terjalin sekian lama dan masih berhubung seperti biasa meskipun isu berkenaan sedang hangat diperkatakan.

“Saya selalu mesej beliau. Minggu lepas sebelum isu pun mesej, semalam pun mesej. Sepanjang bertahun menjadi teman, Inspektor Sheila sangat hormati dan punya adab dengan saya,” ujarnya.

Tambahnya, Iqbal turut sempat bertanyakan sendiri kepada Inspektor Sheila tentang isu yang sedang melanda, namun wanita itu kelihatan tenang dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Apa yang beliau ungkapkan adalah ‘saya hanya perlu takut pada Tuhan dan bukan manusia’. Katanya beliau sudah lali dengan persepsi orang. Video itu sudah disalah tafsir kerana orang awam lihat sekerat sahaja,” katanya.

Walaupun memahami ramai yang marah dan mungkin tidak bersetuju dengan tindakannya membela figura berkenaan, Iqbal menegaskan dirinya hanya mahu memberikan sokongan moral sebagai seorang teman.

“Kalau boleh saya pun mahu beliau suarakan tanpa terlalu lantang sebab kang itu menjadi salah nilai pada orang.

“Saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik untuk beliau. Apa pun keadaan dan apa yang terjadi, Inspektor Sheila tetap teman baik saya. Biar beratus ribu orang berbicara tidak baik, beliau tetap saya hargai,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

Trending Fri, 5 Mar 2021

Dapat Idea Cipta Lagu Baru Dalam Lokap, Da’i Syed Tak Takut Kena Boikot

Pendakwah muda, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, kini tampil dengan single terbaru berjudul Ya Habib. Jelas Syed, dia mendapat idea ketika menjalani tahanan reman di lokap di Pusat […]

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

林美芬《非常完美》牵手失败!意外受到国外网友称赞

林美芬上《非常完美》牵手失败,才艺表演及自身故事受到来自多国的粉丝称赞,更表示为马来西亚女性感到骄傲。

error: Content is protected !!