Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 28, 2023 @ 2:36pm

Elisya Sandha Pindah Rumah Sendiri Selepas 10 Bulan Tinggal Bersama Mentua, Netizen Sedih Bunga Elhaq ‘Berpisah’ Dengan…

Pelakon Elisya Sandha memaklumkan dia sekeluarga kini telah berpindah ke kediaman sendiri setelah sepuluh bulan tinggal bersama mentuanya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan momen cahaya mata sulungnya, Bunga Elhaq bersama Sheila.

Menurut Elisya, Bunga kini sedang menyesuaikan diri dengan suasana di kediaman baharu mereka.

“Alhamdulillah selepas 10 bulan di rumah mentua sekarang kami dah pindah di kediaman sendiri

“Kadang-kadang rasa sunyi, tak biasa sebab selalu dengar suara mama (sheila rusly).

“Bunga pun baru nak biasakan diri kat rumah baru dia. We love you mama, papa and mikha. Thank you for everything,” tulis Elisya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Apa yang lebih menarik perhatian adalah Sheila Rusly turut meninggalkan komen terhadap perkongsian tersebut dengan menyatakan dia akan bersama mereka jika diperlukan.

“If u need me..I’ll be there,” tulis Sheila.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Malah ada juga turut berasa sedih apabila keluarga kecil ini sudah berpindah ke kediaman sendiri dan sebak Bunga ‘berpisah’ dengan datuk dan neneknya.


Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia lapan bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jun 2026

“Dia Jeling & Marah Kita Balik”- Kamal Adli Kongsi Pengalaman Berdepan Peminta Sedekah 

Kamal Adli berkongsi antara pengalamannya berjumpa peminat sedekah selepas seorang individu lelaki berkongsi perkara sama menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Featured Mon, 11 Nov 2019

Pengkaji temui formula baharu kesan kanser payudara lebih awal

Ujian darah mudahkan pengesanan kanser payudara

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Azira Shafinaz Pemalu Mulakan Perbualan, Akui Sukar Didekati – “Muda Atau Tua Okay Saja, Suka Lelaki Ada Usaha & Bijak”

Azira berkata dia kini bahagia dengan status bujang dan tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Trending Thu, 14 Jan 2021
Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

Trending Wed, 7 Nov 2018

Melampau! Wanita Singapura Buat Tutorial Solekan Wajah Rosmah Untuk Halloween

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan bersempena sambutan Halloween yang lalu.

error: Content is protected !!