Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 13, 2026 @ 1:18pm

Azira Shafinaz Pemalu Mulakan Perbualan, Akui Sukar Didekati – “Muda Atau Tua Okay Saja, Suka Lelaki Ada Usaha & Bijak”

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui ada pihak beranggapan dirinya sukar didekati, namun menegaskan dia sebenarnya seorang yang mudah berkawan.

Menurut Azira, pandangan itu turut disuarakan rakan terdekat yang merasakan ramai mungkin segan untuk memulakan perkenalan kerana statusnya sebagai selebriti.

“Saya rasa orang takut nak dekati saya. Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Mungkin mereka takut nak tegur sebab saya seorang selebriti. Tapi sebenarnya saya suka berkawan,” katanya.

Azira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tarung yang berlangsung di Banglo 289, di sini, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Azira berkata dia kini bahagia dengan status bujang dan tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

“Tapi buat masa sekarang, saya bahagia dengan status bujang. Saya tak mahu letakkan perkahwinan sesuatu yang perlu dibuat secara terburu-buru.

“Keluarga saya pun memahami. Saya tak mahu buat silap dalam memilih pasangan,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai kriteria lelaki idaman, Azira yang juga anggota kumpulan De Fam itu turut menyifatkan dirinya seorang yang sederhana dan pemalu, sekali gus tidak gemar memulakan langkah terlebih dahulu.

“Saya seorang yang sangat simple. Saya tidak akan buat pendekatan pada mana-mana lelaki sebab saya seorang yang pemalu.

“Tapi kalau lelaki itu ada usaha, saya suka orang macam itu.

“Saya suka lelaki yang bijak. Saya tak menolak jika lelaki itu lebih muda atau berusia,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Nadin Amizah, Feby Putri Bakal Beraksi Sepentas Di Kota Kinabalu

Nadin Amizah dan Feby Putri bakal hangatkan konsert Melodi Malam 2.0 pada 23 Mei 2026, jam 8 malam di SICC, Kota Kinabalu, Sabah.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Tiada Lagi Sambutan Meriah, Azharina Hormat Keadaan Bapa Di Hospital

Semoga Azharina terus dikurnia kesihatan lebih baik dan bahagia di samping anak-anak tersayang. Insha Allah…

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Shila Amzah Imbau Kisah Gelap Berdepan Gangguan S*ksual Di Zaman Sekolah – “Mereka Sentuh Macam….”

Lelaki itu touch and go, Shila Amzah trauma diraba ketika menuju ke sekolah

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Walaupun filem ini bergenre seram, mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan ceritanya.

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Events Mon, 11 Mar 2019

Co-labs Coworking Sebarkan Kasih Sayang Sempena Meraikan Hari Wanita!

Jom lawat ruang kerja ni untuk pengalaman bekerja yang produktif dan bersemangat!

error: Content is protected !!