Euforia Bola 2026
Events By: Ad Ops March 11, 2019 @ 4:52pm

Co-labs Coworking Sebarkan Kasih Sayang Sempena Meraikan Hari Wanita!

Peranan wanita hampir tidak dikesan dalam semua tamadun dan budaya. Dan, kalau ada pun, hanya terdapat sebilangan wanita sahaja yang kita ketahui. Namun, wanita-wanita tersebut masih dilihat dari sudut pandangan yang negatif. Contohnya, wanita seperti Cleopatra.

Dikenali sebagai seorang pemerintah wanita yang merupakan seorang diplomat, komander tentera laut, ahli Bahasa dan juga seorang pengarang perubatan namun,  sikap manusia yang suka menindas golongan wanita ini menyebabkan segala kelebihan Cleopatra itu tidak diiktiraf melainkan beliau dikenali sebagai seorang penguasa yang hanya tidur dengan ramai lelaki.

Namun kini sebaliknya, wanita sudah mula mendapat pengiktirafan! Dan wanita juga semakin dihargai.

 

Justeru itu, pihak Co-labs telah mengambil peluang sempena Hari Wanita Antarabangsa untuk menyebarkan penghargaan kepada kaum hawa ini diatas segala kebaikan dan pengorbanan yang dicurahkan dalam pelbagai aspek.

Ruang kongsi ini bukan sahaja mewujudkan persekitaran pejabat yang moden dan menarik tetapi ia juga membantu untuk membina ruang bagi menjalinkan kerjasama antara komuniti.  

Ruangan 20,000 kaki per segi ini merangkumi 56 Premium Suite, 56 Meja Tetap dan 30 Meja Flexi dan yang menariknya pada Hari Wanita Antarabangsa ini, Co-labs telah menyediakan satu pakej penjagaan untuk semua wanita yang bekerja di ruang kongsi ini.

Setiap wanita diberikan satu pakej penjagaan yang mengandungi satu pek sabun badan Hibiscus dari Tanamera, satu topeng penjagaan muka, satu pek tisu basah, satu tuala wanita Whisper, beberapa baucar dan sekuntum bunga carnation berwarna merah jambu.

Dan buah tangan yang paling menyentuh hati dari Co-labs adalah kata-kata semangat yang ditulis oleh wanita-wanita terkenal yang dicetak cantik untuk memperkasakan wanita-wanita yang diraikan.

Tentang Co-labs

Co-labs Coworking adalah anak syarikat Paramount Corporation, sebuah pemaju hartanah yang terkenal dengan reka bentuk yang sangat menarik.

Selain mempamerkan rekaan dalaman yang berkualiti, rekaan mereka juga adalah praktikal dan berfungsi.

Terdapat pelbagai jenis ruangan yang disedikan di Co-labs ini, dan ruang kongsi berukuran 20,000 kaki per segi ini terletak di The Starling Mall. Co-labs juga mempunyai cawangan di Glenmarie. 

Masa yang diambil untuk bergerak dari ruang resepsi ke ruang yang paling hujung adalah sebanyak lebih kurang 120 langkah dan 120 saat.

Variasi ruangan yang disediakan adalah dari sebesar-besar ruangan untuk mengadakan sebuah majlis hingga ke sekecil-kecil ruangan untuk menerima panggilan telefon.

Setiap ruangan memainkan peranan yang sangat berfungsi untuk setiap orang dan setiap keperluan mereka.

Dalam masa kita melakukan kerja, kita juga perlukan masa untuk menenangkan minda dan berehat.

Di Co-labs terdapat bilik-bilik khas yang disediakan untuk kita berasa seronok dan gembira untuk melakukan kerja kita.

Antara bilik-bilik khas yang terdapat di Co-labs adalah Sleep Pods dimana kita boleh melelapkan mata sebentar untuk berehat, Gaming Room merupakan bilik yang terdapat Arcade Game dan PS4 untuk menghilangkan tension ketika bekerja, dan sebuah bilik bayi untuk ibu-ibu yang membawa anak-anak mereka ke Co-labs ini.

Terdapat banyak ruangan yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk pengunjung Co-labs ini. Anda kena rasai dan alami pengalaman berada di Co-labs ini sendiri untuk betul-betul enjoy tempat ini!

Tempahan untuk melawat Co-labs boleh dibuat hari ini.

Jangan lupa ikuti kami di Co-labs Coworking menerusi Facebook dan Instagram! Dan, hantarkan DM sekiranya anda ingin membuat lawatan ke tempat kami!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Co-labs, atau telefon di talian 03 7621 7420 (The Starling) atau 0350391019 (Glenmarie).

Ditulis oleh Fatin Zafirah 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

周博华暌违9年重返剧场!与吴维彬演音乐剧

继《释迦牟尼佛传》和《文成公主》等音乐剧后,何灵慧导演带领她的团队呈现全新的百万令吉大型音乐剧《药师如来》于11月16日至18日,在吉隆坡蒂蒂旺沙室内体育馆公演!

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

Ibu Diana, Linda Rafar Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allayarhamah Rasimah Abdul Rahman…

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan

Featured Thu, 9 Feb 2023

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Amboiiii, jahatnya mulut individu ni 😌 Tak baik tau fitnah Anna macam nii 🤨 Hmm kata peminat

error: Content is protected !!