Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom November 7, 2018 @ 11:00am

Melampau! Wanita Singapura Buat Tutorial Solekan Wajah Rosmah Untuk Halloween

Penulis hanya mampu menggeleng kepala melihat seorang selebriti laman sosial di Singapura, yang menggunakan nama ‘Xiaxue’ tampil dengan satu rakaman video solekan yang kelihatan seakan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Apa yang mengejutkan, wanita itu dalam laman Twitternya memuat naik sebuah rakaman video singkat menunjukkan dirinya dalam solekan yang kelihatan serupa seperti Rosmah dengan kapsyen, “Adakah saya lebih cantik dari Rosmah?”

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan bersempena sambutan Halloween yang lalu.

Selain bersolek seperti wajah Rosmah, Xiaxue juga mengenakan baju berwarna oren dengan nombor siri di atas poket kiri berserta nama “R.Mansor” atau erti kata lain dalam persalinan seorang banduan.

Foto: Marketing Magazine

Tidak keterlaluan dikatakan perbuatan wanita ini melampau dan telah menghina isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Bahkan tidak menunjukkan sikap menghormati negara kejiranan.

Apapun kemelut yang sedang didepani Malaysia ketika ini, dia tidak layak untuk menghina Rosmah Mansor apatah lagi prosiding mahkamah masih berjalan.

Manakala dalam Instastories miliknya, Xiaxue mengakui menggunakan sejenis prostetik buatan tangan sebagai asas wajah bagi solekan yang mengambil masa 4 jam untuk disiapkan itu.

Ramai yang menggesa Xiaxue supaya memadam posting dan solekan tersebut manakala ada yang mengambilnya sebagai jenaka.

Xiaxue meminta para pengikutnya agar bersabar dan tunggu supaya dia boleh menyunting video cara bersolek wajah seperti Rosmah sebelum dimuat naik dalam akaun Youtubenya.

Sumber: Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Penganjur Konsert Pentas RadjaWali tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku, termasuk isu ‘blackout’ sistem bunyi pada penghujung acara.

Hiburan Wed, 13 May 2026
Kisah Viral Wed, 17 Jul 2024
Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Featured Thu, 13 Oct 2022

Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

Haa sebab apa Habib tu lempar duit eh?

error: Content is protected !!