Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 17, 2023 @ 1:00pm

Dituduh Kurus Kering Angkara Ambil Bahan Terlarang, Mamat Exists Tampil Beri Respons

Penyanyi Mamat Exists tidak terguris apabila masih dikaitkan ‘kurang sihat akibat barang terlarang oleh segelintir netizen dek kerana sebuah video dirinya, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin itu mengakui membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran video tersebut namun enggan mengambil serius mengenai perkara itu.

“Saya tahu macam-macam orang cakap mengenai saya selepas tularnya video itu. Tapi, saya biarkan saja dan tak layan pun sebab saya berada dalam keadaan sihat serta tahu situasi sebenar ketika video itu dirakam.

“Itu video lama sebenarnya dan hanya tular baru-baru ini. Pada ketika itu (video dirakam), saya memang dalam keadaan tidak bersedia. Jadi, disebabkan itulah orang lihat saya lain dan nampak macam tak berapa sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mamat turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tahap kesihatannya yang dikatakan semakin buruk.

“Sebenarnya kadang-kadang saja akan datang sakit. Mungkin dalam tiga bulan hanya sekali, tapi biasalah dengan faktor umur begini. Sakit pun yang biasa-biasa macam demam dan bukanlah penyakit misteri.

“Saya juga makan seperti biasa, cuma kadang-kadang yang tak makan sebab tak ada selera. Maklumlah, saya duduk seorang, jadi makan memang tak ikut masa, hanya kalau lapar baru makan,” katanya.

Ujar penanyi yang kini menetap di Johor ini lagi, dia memilih untuk terus berdiam diri dan enggan melayan komen-komen negatif yang diterimanya.

“Kalau saya komen bukan-bukan nanti, perkara ini akan jadi lebih besar. Jadi daripada saya terguris hati sendiri, lebih baik diam. Kalau teruk (komen) sekalipun, saya hanya biarkan saja sebab kadang-kadang apa dikatakan netizen itu hanyalah andaian mereka,” tambahnya.

Terdahulu, Mamat mendapat perhatian apabila tular sebuah video yang memaparkan dia dalam keadaan kurus kering di sebuah restoran di Johor, baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Dah Lama Berehat, Pelakon Cilik Ini Dah Mula Bekerja

Menurut ibunya, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya cukup teruja untuk kembali berlakon di mana kesihatan kanak-kanak itu beransur pulih.

Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Wed, 24 Dec 2025

Ustazah Asma’ Harun Tegur Fenomena ‘Content Sweet’ Pasangan Belum Nikah – “Malu & Memang Tak Patut”

Ustazah Asma’ Harun menggesa masyarakat agar berhenti  menormalisasikan  kandungan video di media sosial melibatkan pasangan belum bernikah.

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Kesian, Buat Apa Pun Kena Kecam” – Aksi Baby Shima Nyanyi Tegak Curi Perhatian

Haa kenapa pulak ni? Baby Shima tak gelek pun jadi isu juga..

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
error: Content is protected !!