Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 30, 2022 @ 5:19pm

Mamat Exists Masih Dipantau AADK, Syukur Kehidupan Lebih Baik

Vokalis popular, Mamat yang sebelum ini sering terkait dengan isu penyalahgunaan dadah nekad untuk ‘bersih’ dan memberi komitmen terhadap Konsert Resolusi Exists.

Mamat mengakui dia masih dipantau pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan dirinya ‘bersih’ daripada dadah.

“Saya masih lagi dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan).

“Mereka akan whatsapp dan mesej dan saya akan pergi. Mereka tak melarang apa-apa. InsyaAllah alhamdulillah.

“Sebab kita pun tiada buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh. Apapun tunggu mereka akan nilai baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya,” jelasnya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 44, berkata, peningkatan usia antara sebab dia ingin berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Saya dah buat persiapan untuk masa depan. Saya mahu berubah ke arah lebih baik. Kehidupan peribadi kita memang saya simpan.

“Namun kegiatan seni saya perlu dikongsi dengan peminat. Saya milik masyarakat dan tutup macam mana pun mereka akan tahu.

“Saya rasa lebih tenang dan relaks. Saya pun dah berusia. Tumpuan saya penuh komitmen terhadap kerja-kerja saya,” katanya.

Terdahulu, Mamat ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Insiden berlaku sebelum Mamat terbabit menjayakan Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019. Selain Shah Alam, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober 2019.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 May 2024

“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Sun, 28 Aug 2022
Featured Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
error: Content is protected !!