Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 30, 2022 @ 8:26pm

Selesa Guna Khidmat Profesional, Chef Wan Berbelanja Hampir RM6,000 Sebulan Demi Ibu – “Tak Payah Beli Kasut Gucci Atau Beg Prada Lagi…”

Chef selebriti, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail sanggup membayar upah hampir RM6,000 sebulan untuk menggunakan khidmat jururawat terlatih bagi merawat ibu tercinta.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, ibunya Nooraini Abdullah atau lebih mesra disapa Che Ani sudah mencecah usia 90 tahun dan memerlukan penjagaan rapi selepas menghidapi masalah demensia.

Menurutnya, jururawat yang diupah tersebut mempunyai berpengalaman di rumah jagaan dan menjaga pesakit tenat.

“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari iaitu sebulan lebih kurang RM5,800 lebih dengan OT (bayaran kerja lebih masa).

“Biar mereka bermesra dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.

“Buat masa ini hanya waktu siang kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah masih ada untuk mengendalikannya,” katanya.

Tambahnya, dia mengakui lebih tenang apabila kesihatan ibunya dipantau oleh pakar.

“Saya berasa selesa apabila ibu mendapat bantuan profesional untuk mandi, tukar lampin, sarapan, pastikan ubat-ubatan diberi ikut jadual dan melakukan senaman ringan serta memastikan dia tidur siang dan petang,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Selain itu, Chef Wan lebih mementing kebajikan dan penjagaan kesihatan terbaik buat bonda tercinta tanpa mengira wang ringgit.

“Banyak beza antara pembantu rumah dengan jururawat profesional yang tahu bagaimana menguruskan demensia atau kehilangan memori dan pesakit kanser.

“Bagi saya tidak mengapalah, sebab duit boleh dicari tetapi ibu adalah segala-galanya bagi saya.

“Kita semua kena selalu berikan penjagaan terbaik selagi boleh untuk membolehkan dia gembira dan selesa. Tak payah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.

“Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu pengorbanan serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Jennie BLACKPINK Sudah Ada Kekasih Hati?

Penyanyi wanita berusia 22 tahun yang menjadi kegilaan peminat dunia ini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai. 

Trending Mon, 16 Mar 2020
Trending Fri, 30 Oct 2020

Semua Panggung Wayang GSC, TGV Ditutup Sementara Mulai 2 November

Korang tengok TV dekat rumah jelah lagi selamat..

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

Nelissa Nizam sifatkan perselisihan faham dengan ibu satu ujian

Trending Fri, 9 Jul 2021

Pfizer-BioNTech Mohon Kebenaran Suntikan Dos Ketiga

Jadi, akan ada dos ketiga buat si penerima vaksin Pfizer ke?

Featured Mon, 15 May 2023
Hiburan Thu, 27 Jun 2024
Featured Mon, 9 Jan 2023
error: Content is protected !!