Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina March 16, 2020 @ 1:03pm

COVID-19: Lelaki Mudah Dijangkiti Virus Berbanding Wanita?

Penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan merentas sempadan dunia telah pun diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Keisihatan Dunia (WHO). Walaupun tiada pernyataan rasmi berkenaan dengan kecenderungan wabak Koronavirus (COVID-19) untuk menjangkiti jantina tertentu, namun kajian mendapati bahawa lelaki mungkin menjadi sasaran kegemaran virus ini!

Sehingga hari ini iaitu 15 Mac 2020 setakat jam 8 pagi,  wabak virus tersebut telah menjangkiti lebih daripada 160,00 kes individu di seluruh dunia dan mengakibatkan lebih daripada 6,000 kes kematian yang melibatkan 150 negara seluruh dunia. Saintis kini giat mencari punca dan rawatan, serta punca utama yang menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat jangkitan.

 

Lelaki Cenderung Mendapat Penyakit Kronik Berbanding Wanita

Kajian yang dijalankan di Wuhan oleh The Novel Coronavirus Pneumonia Emergency Response Epidemiology Team melibatkan 44,000 kes positif wabak telah menunjukkan bahawa lelaki bukan sahaja merupakan populasi majoriti yang dijangkiti oleh Koronavirus, malah kadar kematiannya tinggi berbanding dengan wanita.

Dapatan tersebut turut disokong oleh kajian lain yang turut mendapati bahawa risiko lelaki untuk dijangkiti oleh Koronavirus adalah jauh lebih tinggi berbanding wanita. 

 

 

Walaupun wanita mempunyai risiko yang hampir sama tinggi atau lebih tinggi berbanding lelaki untuk mendapat penyakit kronik selepas menopaus, namun lelaki lebih cenderung untuk mendapat masalah hipertensi berbanding wanita.

Mereka yang didiagnosis dengan penyakit kronik tersebut kebiasaannya mempunyai sistem pertahanan badan lemah, sama seperti penyakit jantung, kanser atau individu yang sedang mendapatkan rawatan kanser. 

Oleh sebab itulah, lelaki masih merupakan golongan yang memegang angka tertinggi dalam senarai penyakit kronik tersebut, mereka dianggap sebagai lebih berisiko berbanding wanita untuk mendapat jangkitan Koronavirus..

 

Statistik terkini COVID-19 di Malaysia

 

Risiko Jangkitan Wabak Koronavirus

Walaupun dapatan kajian mengatakan lelaki lebih berisiko, ini tidak bermakna wanita boleh mengambil ringan akan isu ini. Koronavirus tidak memilih untuk menjangkiti individu. Sesiapa yang tidak mengambil langkah pencegahan berisiko untuk dijangkiti.

Individu yang mengalami penyakit kronik sangat mudah untuk mendapat jangkitan ini, maka mereka digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada simptom selesema. Ini berikutan, mereka yang mempunyai latar belakang kesihatan sedemikian berisiko untuk mendapat komplikasi wabak seterusnya meningkatkan kadar kematian pesakit.

Penjelasan berkenaan mengapa seseorang individu itu mendapat jangkitan tidak semestinya kompleks. Mungkin jantina memainkan peranan dalam menentukan risiko mendapat jangkitan, namun, tidak dapat dinafikan bahawa banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu dijangkiti.

Walaupun kajian menunjukkan lelaki lebih berisiko berbanding wanita untuk mendapat jangkitan Koronavirus, tapi ia tidak bermakna wanita tidak perlu berhati-hati.

So guys! Ikuti langkah berjaga-jaga dan panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti membasuh tangan, memakai topeng jika sakit dan berada pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter perlu bagi melindungi diri anda daripada jangkitan okay? Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana yang akan menjadi mangsa bukan hanya korang, tetapi sesiapa sahaja akibat bersikap mementingkan diri sendiri.

Xtra careful guys!

Sumber: Hello Doktor, Portal Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca Juga: COVID 19: Raja Perlis Titah Tiada Solat Jumaat Di Negeri Itu Hari Ini, Arahan Dinilai Setiap Minggu

Baca Juga: COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Baca Juga: Covid 19: “Hanya Pendekkan Khutbah, Bukan Hentikan Solat Jumaat” – Dr. Zullkifli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Jun 2018

Terbaiklah! Media Indonesia Puji Rakyat Malaysia

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinetnya.

Featured Tue, 16 Aug 2022

“Cuba Jadi Baik Walau Tak Sempurna…”- Siti Nordiana Akui Istiqamah Itu Tidak Semudah Yang Disangka

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tidak menolak dakwaan bahawa pemilihan kawan-kawan dan orang sekeliling yang betul menjadi asbab seseorang itu berubah dan istiqamah ke arah kebaikan. Namun, pastinya bukan mudah untuk seseorang individu itu sentiasa […]

Featured Thu, 27 Mar 2025

Nafkah RM500 Sebulan Tak Mencukupi, Shakilla Khoriri Minta Fizi Ali Henti ‘Perli’ Bisnes Chili Oil

Shakilla Khoriri berharap bekas suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berhenti memerli perniagaan ‘Chili Oil’ yang diusahakannya sekaligus tidak mahu ia dikaitkan dengan isu peribadi melibatkan anak mereka, Ameena Sofea.

Trending Mon, 23 Jun 2025

Haliza Maysuri Menang Saman! Bekas Pengedar Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Bawal Exclusive Atas Dakwaan Fitnah

Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive membayar ganti rugi sebanyak RM70,000.

Hiburan Tue, 6 May 2025

Netizen Teruja Tengok Gelagat Lisa Surihani Beri Sokongan Pada Yusry Di Konsert GenKRU

Lisa Surihani kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan ketika konsert berlangsung.

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Cahaya Mata Sun, 14 Aug 2022
Featured Tue, 21 Jan 2025

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara.

error: Content is protected !!