Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 5, 2018 @ 9:33am

Terbaiklah! Media Indonesia Puji Rakyat Malaysia

Media Indonesia, MetroTV menzahirkan rasa kagum terhadap keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan menyelesaikan bebanan hutang negara.

Lapor mereka, sikap ini seharusnya turut dicontohi rakyat Indonesia dalam menangani hutang di negara ini.

Usaha kerajaan Malaysia menubuhkan Tabung Harapan Malaysia, seharusnya turut menjadi inspirasi kepada rakyat Indonesia untuk sama-sama menzahirkan kecintaan mereka kepada negara dengan membantu kerajaan.

Dipetik laporan MetroTV yang disiarkan hari ini:

” Namun, di tengah besarnya hutang itu, respons warganya sangatlah menginspirasi. Mereka rela membantu untuk bayar hutang negara.

“Warga Malaysia percaya sekecil apa pun kontribusinya, mereka telah membantu negara lolos daripada kesulitan. Ini sekali gus cara mereka dalam mengekspresikan rasa cinta terhadap bangsa dan tanah air,” menurut laporan khas berkenaan sokongan rakyat Malaysia membantu kerajaan menangani hutang negara itu.

Media dalam talian di Indonesia juga melahirkan kekaguman terhadap keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyumbangkan RM27 juta setakat 3 Jun lepas, selepas tabung itu ditubuhkan pada 31 Mei 2018.

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinetnya.

Memetik laporan BBC Indonesia: “Rakyat Malaysia bergotong royong menyumbang untuk bayar hutang negara”, komentar media Indonesia  itu turut mahukan rakyat dan kerajaan Indonesia mengambil langkah sama kerana hutang Indonesia setakat Febuari 2018 berjumlah US$356.2 bilion, lebih besar berbanding Malaysia (US$251 bilion (RM1 trilion).

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Sep 2018
Hiburan Tue, 28 Jan 2025

“Kalau Ini Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya… Keluarkan” – Along Cham Berserah Isteri Alami Keguguran

Along Cham buat solat tahajud, dapat tahu isteri keguguran selepas keluar penjara

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
Hiburan Thu, 7 Nov 2024
Featured Tue, 30 May 2023
Trending Sun, 30 Sep 2018

GEMPAR! Mayat Bayi Ditemui Dalam Lokar Lepas Lima Tahun

Menurut jurucakap Polis Tokyo, suspek tinggalkan mayat bayi sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tertusuk Penyedut Minuman Besi DiMata & Tembus DiOtak

Terkejut melihat penyedut minuman itu tertusuk matanya dan menembusi kepalanya

Trending Mon, 12 Mar 2018

Sex Club Opens in Shanghai and Women are Loving It!

Skirt Club opens their 1st club in Asia and the reaction from local women are definitely mind blowing.

error: Content is protected !!