Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 5:13pm

Nafkah RM500 Sebulan Tak Mencukupi, Shakilla Khoriri Minta Fizi Ali Henti ‘Perli’ Bisnes Chili Oil

Pelakon Shakilla Khoriri berharap bekas suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berhenti memerli perniagaan ‘Chili Oil’ yang diusahakannya sekaligus tidak mahu ia dikaitkan dengan isu peribadi melibatkan anak mereka, Ameena Sofea.

Kata Shakilla, perniagaan tersebut merupakan inisiatif nya untuk mencari pendapatan sampingan selain berlakon.

Tidak habis disitu, Shakilla mengaku nafkah yang diberikan Fizi setiap bulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan anak mereka.

“RM500 itu… perbelanjaan sekolah sahaja dah menelan belanja sebanyak ribuan ringgit. Sepatutnya dia berterima kasih, bukan memerli.

“Tak akan lah saya nak berhenti berniaga disebabkan isu peribadi tersebut,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Shakilla juga berharap agar Fizi tidak mengaitkan bisnes yang diusahakannya itu dengan konflik rumah tangga mereka.

“Saya harap tak perlu kaitkan bisnes saya dengan Ameena kerana dia bukan tanggungan suami.

“Saya bertanggungjawan cukupkan keperluan dia,” jelasnya.

Terdahulu, Fizi menerusi hantaran di Instagram seakan memerli tindakan Shakilla apabila didakwa sengaja mencetuskan isu mengenai anak mereka dengan niat mahu mempromosikan bisnes ‘chili oil’ miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Cari Hak Di Mahkamah, Bukan Merentan Di IG”- Tuduhan Lepas Tanggungjawab, Fizi Ali Tegur Shakilla Khoriri

ARTIKEL BERKAITAN:Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Lepas Tanggungjawab? – “Hak Ameena ‘Ghaib’, Itu Ke Kasih Sayang Sampai Mati?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Pun Sedar Diri Saya Mak Tiri”- Isteri Fizi Ali Tampil ‘Buka Mulut’

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata…

Hiburan Mon, 7 May 2018

Dipuji Netizen, Betulkah Intan Liana Makin Cantik?

Beliau mengakui mendapat pelbagai jenis tawaran termasuklah tawaran peragaan dan menjadi model untuk beberapa jenis produk kecantikan

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Akaun Asyik Kena Sekat, Sales Merudum… Rupanya Lengah Subuh” – Sasha Abdul Aziz Dedah Ujian Rezeki ‘Sempit’

Sasha Abdul Aziz rezeki sempit, mula sedar kesilapan diri selepas lewatkan subuh

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Hiburan Wed, 6 Nov 2024
Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Trending Fri, 5 Jul 2019
error: Content is protected !!