Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 5, 2024 @ 4:03pm

Guna Konsep Perkahwinan Dianggap Gimik Murahan, Siti Nordiana Tak Hirau Kecaman Netizen – “Peminat Saya Akan Faham”

Penyanyi, Siti Nordiana mengakui tidak terasa hati apabila ada segelintir pihak yang mengkritik gimik perkahwinan demi mempromosikan konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.

Konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan merupakan konsert solonya setelah lebih dua dekad berkecimpung dalam industri seni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nordiana Nafi Gosip Nak Kahwin! Rupa-Rupanya Bakal Buat Konsert Solo 11 Mei Ini! – “Hadiah Untuk Peminat Sempena 25 Tahun Dalam Industri”

Siti Nordiana

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu berkata, konsep perkahwinan tersebut dipilih sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat-peminat yang tidak henti menyokongnya selama ini.

“Saya tak risau dikecam, apabila kita terangkan saya yakin netizen akan faham. Sebenarnya ini adalah konsep yang kita pilih dan lain daripada yang lain.

“Konsep konsert ini seolah-olah ‘berkahwin’ dengan peminat, seperti yang sedia maklum meraka sangat sayangkan saya. Saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk mereka yang dah sokong saya dari tahun 1999 sampailah sekarang,” ujarnya.

Nana berkata demikian ketika ditemui di sidang media ekslusif berlangsung di restauran Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Sementara itu, Nana juga turut berkongsi mengenai keadaan vokal dan persediaan menjelang konsertnya dalam tiga bulan lagi.

Menurut pelantun lagu popular Gurauan Berkasih ini, keadaan suaranya kini semakin baik setelah hampir setahun mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor.

“Kondisi suara saya sekarang ini Alhamdulillah dah bertambah baik setelah berjumpa dengan doktor, jadi sudah hampir setahun saya makan ubat-ubatan. Saya sudah beransur pulih, insyaAllah bila tiba konsert nanti akan okay semuanya.

“Kesihatan itu paling penting dan merupakan komitmen untuk saya menjaga diri saya. Jadi saya kena cuba dan berdoa semoga Allah permudahkan segala-galanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nana menafikan dakwaan baal mendirikan rumah tangga gara-gara tular foto dan video memakai Susana pengantin berona putih sambil memegang jambangan bunga.

Tiket konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun suda mula dijual sejak 2 Februari lalu.

Peminat boleh membeli tiket dengan harga RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box, 8 pax per box) yang boleh dibeli menerusi atas talian www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Sep 2018

「隐形眼镜冲马桶」最后回到你肚里!

抛弃式隐形眼镜卫生又方便,不晓得大家每天回家卸下隐形眼镜,都怎么处理丢弃呢?冲马桶?丢进洗手台放水流?其实,你已经成为生态浩劫的凶手之一……

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Diharap masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Ryan Bakery, Dafi & Farel Prayoga Bersatu Dalam Lagu Raya Ceria ‘Raya Yay Yay’

Dicipta sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves, Raya Yay Yay menampilkan gabungan Menjelang kedatangan Syawal tidak lama lagi, Ryan Bakery, Dafi dan Farel Prayoga.

Trending Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Thu, 14 Dec 2017

SAYA BUKAN NAK SOROK ISTERI – ABAM BOCEY

Bukan sorok, tapi itu lebih selesa untuk menjaga

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

error: Content is protected !!