Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 17, 2026 @ 7:49am

Ryan Bakery, Dafi & Farel Prayoga Bersatu Dalam Lagu Raya Ceria ‘Raya Yay Yay’

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama lagi, Ryan Bakery, Dafi dan Farel Prayoga tampil memeriahkan suasana Aidilfitri dengan lagu raya baharu berjudul Raya Yay Yay, sebuah karya penuh energi yang mengangkat kemeriahan sambutan lebaran.

Lagu terbitan FYP Media itu menampilkan lirik yang mengimbau kenangan manis menyambut Hari Raya, khususnya memori zaman kanak kanak yang penuh kegembiraan dan keceriaan bersama keluarga.

Dicipta sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves, lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari lalu.

Menariknya, Raya Yay Yay menyatukan Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga buat pertama kali dalam satu projek. Gabungan tiga figura dari latar berbeza itu dilihat sebagai eksperimen yang berjaya selain meninggalkan pengalaman manis buat mereka sepanjang proses penghasilan lagu berkenaan.

Dafi mengakui teruja dapat meraikan Syawal kali ini dengan sebuah lagu baharu bersama Ryan dan Farel.

“Rakaman lagu ini sebenarnya berlaku secara tidak dirancang. Apabila pihak pengurusan FYP Media menawarkan peluang untuk saya bergandingan dengan Ryan dan Farel, saya melihatnya sebagai satu peluang yang sangat baik.

“Saya belum pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini, jadi sepanjang proses rakaman saya melalui banyak pengalaman baharu,” katanya.

Tambah Dafi, karakter lagu yang rancak dan bertenaga membuatkan dia perlu benar benar menghayati setiap bahagian bagi memberikan warna tersendiri kepada lagu tersebut.

Ryan Bakery pula menyifatkan lagu Raya Yay Yay sangat dekat dengan personalitinya yang ceria dan suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

“Setiap kali Hari Raya, kita selalu membayangkan suasana yang meriah apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan sahabat. Perasaan itulah yang cuba diterjemahkan oleh pencipta lagu dalam karya ini.

“Perasaan gembira itu juga cuba kami paparkan dalam muzik video supaya orang ramai dapat merasai semangat Aidilfitri yang ceria.

“Bagi saya, Hari Raya bukanlah sesuatu yang perlu dibandingkan atau dipertandingkan. Yang penting kita menyambutnya dengan rasa syukur dan menghargai nikmat yang ada,” katanya.

Bagi penyanyi muda dari Indonesia, Farel Prayoga, penyertaannya dalam projek Raya Yay Yay menjadi pengalaman yang sangat bermakna kerana ini merupakan lagu raya pertama sepanjang bergelar penyanyi.

“Saya tidak pernah menghasilkan lagu raya sebelum ini kerana di Indonesia kebanyakan lagu lebih tertumpu kepada tema Ramadan. Jadi apabila diberi peluang untuk menyanyikan lagu raya, saya terus menerima tawaran itu.

“Saya berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh pendengar di Malaysia dan juga di Indonesia,” katanya.

Farel turut mengakui terdapat beberapa cabaran sepanjang rakaman lagu kerana perlu membiasakan diri dengan beberapa perkataan yang jarang digunakan dalam bahasa sehariannya.

“Ada beberapa perkataan yang saya tidak begitu faham tetapi kedengaran lucu. Walaupun begitu, saya sangat gembira dapat terlibat dalam projek ini kerana banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari,” katanya.

Sebagai rekod, Raya Yay Yay telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari lalu, manakala muzik videonya mula ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music pada 6 Mac.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Jan 2025

“Kalau Tak Nak Tengok, Lantaklah Saya Ada Hak”- Shuib Perjelas Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Arwah Siti Sarah

‘Saya post orang rumah saya, bukan post orang rumah dia. Apa masalah dia? – Shuib

Hiburan Sun, 7 Apr 2019
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Hawa Rizwana tak mahu jelita dengan menggunakan jalan pintas.

Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Hiburan Wed, 29 May 2019

「Beyond 36周年」黄贯中、叶世荣联手824登顶摇滚开唱

36周年Beyond金曲燃情巨献!黄贯中和叶世荣联手,8月24日登顶摇滚开唱!

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Thu, 5 Jul 2018
error: Content is protected !!