Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2019 @ 2:28am

Baru Tiga Episod, Pengarah Terkejut Peminat Serbu SOGO Demi Nur 2!

Baru 3 episod bersiaran, nampaknya demam Nur 2 dah bermula! Sana-sini orang ramai mula membincangkan babak-babak yang membuatkan penonton sudah tidak sabar untuk menunggu episod seterusnya.

Dalam masa sama, pengarah drama popular itu Shahrulezad Mohameddin memberitahu dia terkejut melihat sambutan yang diterima di siri jelajah Nur 2 yang berlangsung di pusat beli belah Sogo, hari ini. 

” Seumur hidup abam, abam rasa ni lah kali pertama drama yang abam buat diberikan sambutan semeriah ini walhal baru 3 episod bersiaran.

” Ada lagi 12 episod sedang menunggu. Anyway, terima kasih pada peminat drama Nur dan Nur2 yg sanggup bersusah payah beratur selama berjam untuk bersama warga artis drama Nur,” luahnya di Instagram.

Shahrulezad juga memohon maaf kerana tidak dapat menyertai acara yang berlangsung semalam disebabkan sibuk di lokasi bagi menyiapkan drama untuk slot Samarinda yang bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini. 

” Abam rasa cukup terharu sangat sokongan kalian. Sayang korang ketat ketat. Terima kasih ek,” tulisnya.

Apapun, Good Luck untuk drama pencalonan Nur di Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang bakal disiarkan pada jam 9 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Mon, 11 Feb 2019
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018

Opps! Dulu Lain Sekarang Lain, Kami Senaraikan Lima Tanda Suami Sedang Curang

Bila si suami dah menunjukkan tanda ‘Dulu Lain, Sekarang Lain’, maka berjaga-jagalah ya kaum isteri. Untuk si suami pula, jangan pula ambil kesempatan pula. Awas! dah kahwin, buat cara dah kahwin ok?

Trending Sun, 28 Sep 2025
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
error: Content is protected !!