Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2025 @ 5:54pm

“Saya Pun Sedar Diri Saya Mak Tiri”- Isteri Fizi Ali Tampil ‘Buka Mulut’

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Zulaikha tampil memperjelas situasi sebenar mengenai  dakwaan tidak bertanggungjawab dalam isu nafkah dan pendaftaran anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Kata Zulaikha, dia bukanlah sengaja ‘menyibuk’ hal membabitkan Ameena melainkan mahu mempertahankan diri dan suaminya.

Tambahnya, apa yang dicanangkan di media sosial  berkenaan isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Kita ini kalau jadi orang luar pun rilek-rilek saja. Tak pernah pula saya menafikan Ameena ini ada mak kandung. Saya pun sedar diri saya mak tiri.

“Nafkah pun setiap bulan Fizi bagi kan? Tak berbelas ribu pun tapi Fizi bagi atas kewajipan bapakan? Bukan tak bagi langsung macam yang dicanangkan.

“Saya takkan susahkan diri saya untuk nak daftarkan anak tiri saya sekolah sebab mak ayah kandung Ameena wujud dan hidup lagi,” katanya.

Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz berkata demikian ketika membalas salah satu komen di ruangan Instagram milik suaminya.

Dalam pada itu, dia turut menegur tindakan pengguna media sosial berkenaan agar tidak meninggalkan komen sesuka hati tanpa usul periksa.

“Kan elok bertanya dari melulu fitnah. Benda kalau tak tahu bertanya dan belajar. Bukan buat pandai awak. Sabar awak.

“Isu ni rasanya isu kami, awak yang terlebih lebih marah ini. Sabar. Puasa kan?” jelasnya.

Pada Ahad, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian secara undang-undang dan bukannya ‘merentan’ di media sosial.

Fizi juga turut meminta Shakilla tidak bersikap  kebudak-budakan dalam menyelesaikan hal berkaitan anak mereka.

Tindakan Fizi itu seolah-olah membalas kenyataan Shakilla atau Nur Shakilla Mohd Khoriri, 36, yang meluahkan rasa berang apabila mendakwa seorang individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

李俊颉推单曲晋升「艺人企业家」为老人院筹募

Victor李俊颉相隔六年再推出全新单曲《记得我爱你》送爸爸,以「艺人企业家」的身份再出发,为慈善,梦想和事业一同打拼!

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Sarah Yasmine Didakwa Perli Ruhainies, Buat Video Parodi ‘Tak Pandai Menangis’ – “Hang Memang FK!”

Nampak gayanya kenyataan Ruhainies tak pandai menangis ni masih hangat 🤣

Trending Thu, 26 Jul 2018

Gara-Gara Wajah Seiras Khairy Jamaluddin, Syafiq Khairil Mula Diburu

Bukan saja raut wajah mereka seakan sama, mereka juga berkongsi hobi bersukan yang sama.

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Wed, 25 Jul 2018
Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

error: Content is protected !!