Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 9, 2023 @ 11:40am

Faizal Tahir Akhirnya Buat Konsert 2 September Ini!

Penyanyi Faizal Tahir tampil mengumumkan dirinya bakal mengadakan konsert Aku Faizal Tahir di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 2 September ini.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Faizal menerusi sebuah perkongsian di TikTok, semalam.

Menurut Faizal, dia sudah mampu untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat buat orang sekelilingnya selepas 17 tahun penglibatannya dalam industri muzik.

“Saya memang diajar dari kecil, kalau ada benda yang baik tu kita kena la kongsi dan kalau benda yang tak baik tu kita simpan sendiri.

“Kalau dalam realiti kehidupan, umur 17 tahun ni kita baru habis SPM. Baru ada rasa sesuatu yg kita mampu berikan kepada keluarga dan orang sekeliling.

“Macam tu la saya rasa penglibatan saya dalam industri muzik ni. 17 tahun. Akhirnya saya rasa saya dah lulus dan mampu memberikan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada orang sekeliling.

“Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, konsert AKU FAIZAL TAHIR bakal berlangsung pada 2 September 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur,” tulisnya.

@faizal_tahir Saya memang diajar dari kecil, kalau ada benda yang baik tu kita kena la kongsi dan kalau benda yang tak baik tu kita simpan sendiri. Kalau dalam realiti kehidupan, umur 17 tahun ni kita baru habis SPM. Baru ada rasa sesuatu yg kita mampu berikan kepada keluarga dan orang sekeliling. Macam tu la saya rasa penglibatan saya dalam industri muzik ni. 17 tahun. Akhirnya saya rasa saya dah lulus dan mampu memberikan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada orang sekeliling. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, konsert AKU FAIZAL TAHIR bakal berlangsung pada 2 September 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Jualan tiket akan dibuka pada 14 June 2023, 10 Pagi di https://jiotix.asia/events/aku-faizal-tahir #AkuFaizalTahir #FaizalTahir #AllianzRocks2023 #AllianzMalaysia #JioBuddy #AltusProhouse #FaithfulMusic #WTCKL #JioSpace #LevelUp #YCG ♬ Sampai Syurga – Faizal Tahir

Terdahulu, Faizal juga sempat memberi bayangan yang dirinya akan mengadakan konsert solonya selepas mendapat permintaan ramai dalam kalangan peminatnya.

“Dah bersedia ke?,” tulisnya.

@faizal_tahirDah bersedia ke? 🫣♬ Sambut – Chorus – Fimie Don & Faizal Tahir

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja dengan berita gembira itu.

Orang ramai juga boleh membeli tiket menerusi laman sesawang https://jiotix.asia/events/aku-faizal-tahir  pada 14 June 2023, 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Featured Tue, 9 Mar 2021
Events Wed, 20 Mar 2019

Zouk Genting: Visuals and Sound System to Get Your Heart Pumping

It’s THE ultimate night out you can’t forget.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Ulasan Konsert: 3 Dekad Terus Relevan, Siti Nurhaliza Buktikan Dedikasi & Keampuhan Di Legacy 30

Di tengah dunia yang sering berubah, Siti Nurhaliza masih kekal sebagai ukuran mutu, sebagai simbol keanggunan seni & sebagai suara yang tak pernah gagal menghidupkan pentas.

Featured Tue, 26 Mar 2024

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Ops! Ramai juga yang kecam minta Lofa faham perasaan caller 🙄🔥

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
error: Content is protected !!