Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2024 @ 2:44pm

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dikritik selepas memberikan pandangannya kepada seorang pemanggil yang telah ditinggalkan ibunya sejak berusia 13 tahun menerusi segmen yang disiarkan di stesen radio popular baru-baru ini.

Menurut Neelofa, sebagai hamba Allah, adalah tidak wajar jika seorang anak memutuskan hubungan dengan ibunya, walaupun tindakan seorang ibu itu keterlaluan dan melampaui batas.

“Sebagai hamba Allah, walau macam mana pun hubungan dengan ibu tak boleh diputuskan, walau seteruk atau sekeji mana pun dia.

“Kesalahan dia memang susah untuk kita lupakan, tapi maafkan itu mungkin, maksudnya dengan usaha dan kesusahan untuk memaafkan akan ada kebaikan Allah akan berikan nanti,” katanya.

Bagaimanapun, pendapat yang diberikan Neelofa itu menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan warganet yang rata-ratanya beranggapan, bekas pengacara program Meletop itu kurang peka terhadap pengalaman dilalui pemanggil berkenaan.

Menerusi perkongsian video berdurasi lebih tiga minit itu, pemanggil yang dikenali sebagai Laila telah berkongsi keperitannya apabila terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan dua adiknya selepas ibunya mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka dan berkahwin dengan lelaki lain.

Trauma berdepan pengalaman mencabar ketika berusia 13 tahun, membuatkan Laila menyimpan perasaan marah terhadap ibunya yang cuba kembali dalam hidup mereka ketika adiknya sudah menginjak usia dewasa.

@era.je Allahu. Bayangkan betapa traumanya Laila (bukan nama sebenar) sampai sekarang dia susah nak bagi kepercayaan pada orang. Banyak pengorbanan yang Laila kena buat. Cuma sekadar nasihat dari @nabilzira & @neelofa , awak maafkan dan berbaiklah dengan ibu. Apa pun Laila, awak memang orang yang hebat. Moga Allah permudahkan urusan awak 🤲🏻🥹 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA #JumaatBersamaLOFA ♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

 

Tidak habis disitu, tindakan Nabil yang menyatakan bahawa sikap dan rasa marah Laila terhadap ibunya hanya akan membawa penyesalan kelak, turut mencetuskan rasa kurang senang netizen dek kerana ia seolah-olah mengenepikan perasaan pemanggil yang masih dihantui trauma pada ketika itu.

“First talk about her pain. Give her strenght and saya something to make her feel she is not alone. Tunjukkan yang kau bangga dengan dia sebab dia kuat sampai sekarang barulah kau orang boleh cakap pasal forgiveness.

“Please validate her feelings and pain.

“Sebenarnya si anak tahu je dosa pahala dengan parents. Tapi dia ni sedang meluahkan perasaan bukannya nak dengar benda yang dia dah tahu.

“Minta advice dari orang yang lahir dari dulang emas, mana nak faham perit kita.

“Mereka ni langsung tak akcknowledge trauma dan suffering dia. Puas dia meluah cerita sambil nangis. At the end, kau suruh dia maafkan.

“Ayat Lofa tu lagi buat hati dia hancur. Seolah-olah itu memang kesalahan dia… tambah lagi dituduh mahu putuskan silaturrahim,” komen netizen.

Namun begitu, terdapat segelintir dalam kalangan warganet menyokong pandangan yang diberikan Neelofa dan juga Nabil agar individu berkenaan memaafkan ibunya demi mencari ketenangan dan kebahagian hakiki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Tomok Belum Berani Beritahu Anak-Anak….

“Kalau betul dapat jemputan dari Istana, kami sekeluarga pasti gembira dan itu adalah rezeki anak-anak,” kata penyanyi dan komposer, Tomok selepas video ucapan dan nyanyian Hari Jadi daripada anak-anaknya, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, […]

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Sedihnya kisah hidup Datuk…kecil-kecil lagi dah kena kerja macam-macam untuk cari rezeki…

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi. Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya. […]

Featured Wed, 21 Nov 2018

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Nampak saja bersih tapi ianya sudah dicemari dengan akar kulat.

Konsert Tue, 6 Jun 2023
error: Content is protected !!