Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2021 @ 9:03pm

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi.

Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya.

“Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun dia tak cakap dengan saya. Tapi pada saya, saya pun tak nak bergaduh. Biarlah, tak apalah, itu pilihan dia. Tak adalah sampai bergaduh,” kata Ellie kepada mStar.

Tambah Ellie, dia bersikap rasional dengan keputusan Azri kerana sebagai ketua keluarga, suaminya perlu mencari nafkah.

Kerajaan juga menggariskan syarat pelakon harus lengkap dua dos vaksinasi sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

“Sebab dia ketua keluarga kan, dia harus mencari nafkah. Dia tak gembira dengan perkara itu, sebab itu dia diam-diam tak bagi tahu saya. Tahu-tahu sahaja, dah dua dos vaksin.

“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan kami akan terus mengamalkan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” katanya lagi.

Terdahulu, media turut melaporkan mengenai pasangan selebriti ini dan dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun turut enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Lebih Tenang, Mungkin Tutup Selamanya

Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya…

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Featured Sun, 3 Oct 2021

“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di […]

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Tunai Hasrat Sahabat, Ramli Sarip Gegar Pentas IB Tahun Depan!

Dah beli tiket untuk menonton konsert kolaborasi Papa Rock dan Ratu Rock Negara?

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
error: Content is protected !!