Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2022 @ 1:30am

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Secara One-Off Bermula Hari Ini

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, pemohon yang membuat permohonan pengeluaran khas pada April lalu kini sudah boleh menyemak akaun mereka bermula hari ini.

Pembayaran bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off itu telah diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Berita itu turut dikongsi oleh Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

 

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata masyarakat negara ini menyambut baik mengenai perkara tersebut.

Ia selepas masih terdapat segelintir masyarakat kita yang bergantung pada pengeluaran KWSP mereka atas faktor  desakan hidup dan kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, KWSP dalam kenyataannya  memaklumkan, sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan pengeluaran khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

Jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

Tarikh tutup bagi kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengeluaran Khas KWSP: Tarikh & Panduan Semakan Status Kelulusan

ARTIKEL BERKAITAN:Jom Semak Syarat Dan Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Secara One Off

ARTIKEL BERKAITAN:Pengeluaran Khas KWSP: Semak Cara Kemaskini No Telefon Akaun Secara Online Bagi Proses OTP & TAC

ARTIKEL BERKAITAN:Pengeluaran Khas KWSP Dengan Bayaran Secara One-off Kini Boleh Dibuat Melalui…

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Pengeluaran Khas & Pembayaran KWSP RM10,000 Akan Bermula Pada…

ARTIKEL BERKAITAN:Pengeluaran RM10,000 secara One-Off Boleh Dilakukan Jika… – Pakar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 May 2021
Featured Mon, 19 Feb 2024
Trending Thu, 24 Oct 2019

Mat Salleh Layan Dikir Barat, ‘Kecek Kelate’

Pasti ramai yang berasa bangga dan teruja bila dapat tahu ‘mat salleh’ pun pandai berdikir barat. Bukan senang nak jumpa orang asing yang boleh bercakap bahasa Malaysia di luar negara, apatah lagi bertutur dalam dialek […]

Featured Mon, 6 Jan 2025

“Fallen, But Never Broken” – Aliff Aziz Mengaku 2025 Tahun Kebangkitannya

Aliff Aziz anggap kontroversi bukanlah melemahkan semangatnay untuk bangkit.

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Featured Thu, 24 Nov 2022
Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

error: Content is protected !!