Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2025 @ 2:38pm

“Cari Hak Di Mahkamah, Bukan Merentan Di IG”- Tuduhan Lepas Tanggungjawab, Fizi Ali Tegur Shakilla Khoriri

Penyampai radio, Fizi Ali seakan membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri  susulan dakwaan lepas tanggungjawab membabitkan anak perempuan tunggal mereka, Ameena Sofia.

ARTIKEL BERKAITAN:Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Lepas Tanggungjawab? – “Hak Ameena ‘Ghaib’, Itu Ke Kasih Sayang Sampai Mati?”

Kata Fizi, dia meminta bekas isterinya itu untuk tidak terus ‘merentan’ di sosial media sebaliknya menyelesaikan masalah mengikut undang-undang sedia ada.

Tidak habis disitu, Fizi juga berharap agar Shakilla tidak berperangai kebudak-budakkan.

“Belah sana asyik cerita pasal hak. Cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang bukan merentan di dekat Instagram.

“Lepastu, last-last post jual cili oil. Jangan nampak sangat lah nak meniaga pakai marketing kotor.

“Kalau tak puas hati, fight dekat mahkamah. Bukan sosial media. Perangai macam budak-budak,” katanya.

Fizi berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam hantaran sama, Fizi atau nama penuhnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 35, menjelaskan, tidak timbul isu isterinya, Siti Zulaikha bertindak sebagai penjaga utama dan mendaftarkan persekolahan Ameena tanpa pengetahuan ibu kandungnya itu.

“Yang pasal sekolah? Apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia?  Macam tak masuk akal langsung. Apa sebelah sana cakap semau kau orang percaya. sebab apa? Seba dia mak? Dia perempuan? Habis tu isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Kau orang nak buli-buli macam ni?

“Mak tiri baik layan anak tiri baik-baik kau orang kecam. Mak tiri dera anak dia kau orang kecam? Kau orang nak macam mana lagi?,” soalnya.

Justeru, Fizi memaklumkan, Ameena bakal menyambut Hari Raya bersamanya pada tahun ini sekaligus berharap agar Shakilla tidak membawa ‘lari’ anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 May 2023
Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Inferno3 Lancar Single Debut Money, Bergandingan Dengan Shiha Zikir

Inferno3 tampil dengan pakej tarian yang mantap serta vokal yang diyakini, menerusi kolaborasi bersama Shiha Zikir.

Trending Tue, 10 Jul 2018

Tun M’s Birthday Wish is for the Press to Help Fight Corruption

Such a simple yet idealistic wish to have asked for.

Featured Sun, 18 Sep 2022
Trending Thu, 7 Mar 2019

Tips Cari Kerja! Gadis Ini Berkongsi Cara Menulis Resume Yang Betul

Korang boleh baca perkongsian gadis ini di Twitter mengenai cara membat resume yang betul. Perkongsian gadis yang bernama Anis Azuwa ini mendapat sebanyak 4.5 likes di Twitter

Hiburan Mon, 26 May 2025

Farez Adnan Cipta Lagu ‘Air Titik Ke Batu’ Berdasarkan Kisah Benar Mas Idayu

Mas Idayu menyambut baik usaha Farez walaupun karya itu menyentuh kisah hidupnya

Featured Fri, 28 Jun 2024
Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Gara-Gara Kos Tinggi, Aliff Syukri & Nur Shahida Hampir Jual Bangunan Sendiri… Kini Jadi Tarikan Walk-In, Raih RM8 Juta Dalam 6 Bulan

Keputusan Aliff Syukri & Nur Shahida untuk melancarkan bangunan perniagaan sendiri bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui proses panjang penuh cabaran.

error: Content is protected !!