Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 26, 2025 @ 5:30pm

Farez Adnan Cipta Lagu ‘Air Titik Ke Batu’ Berdasarkan Kisah Benar Mas Idayu

Penyanyi, Farez Adnan meluahkan rasa kagum dan simpati terhadap ratu dangdut, Mas Idayu apabila menjadikan kisah duka wanita itu sebagai inspirasi lagu duet terbaharu mereka berjudul Air Titik Ke Batu.

Farez, 30, atau nama penuhnya Muhd Fareezuan Adnan, berkata lagu berkenaan bukan sekadar karya kosong, sebaliknya merakam kisah hidup sebenar yang disaksikannya sendiri sepanjang mengenali penyanyi yang mesra digelar ‘mummy’ itu.

“Saya sentiasa ada bersama dia dalam setiap situasi, sama ada waktu susah mahupun senang. Semua bait lirik yang saya tulis datang daripada pengalaman yang saya lihat sendiri.

“Lagu ini bukan rekaan, tapi realiti. Saya tidak berniat memburukkan sesiapa, cuma menyampaikan apa yang benar-benar berlaku di depan mata saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu berkenaan di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Farez, lagu tersebut turut menyelitkan unsur peribadinya sendiri yang dilihat selari dengan pengalaman dilalui Mas Idayu, namun fokus utamanya tetap pada penyanyi berkenaan.

“Walaupun mesej lagu ini agak menyentuh hati, saya masukkan elemen muzik yang ceria agar mummy boleh menikmatinya dengan gembira,” katanya.

Farez turut menyifatkan Mas Idayu sebagai figura yang bukan sahaja disegani, malah amat disayanginya seperti ibu sendiri.

“Ramai nampak mummy garang, tapi saya tahu dia seorang yang sangat penyayang. Lirik ini datang daripada hati kerana saya sayangkan dia seperti mak saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu ketika diminta mengulas mengenai lagu tersebut, menyambut baik usaha Farez walaupun karya itu menyentuh kisah hidupnya.

“Ya, lagu itu memang tentang saya, bukan orang lain. Saya okey saja sebab Farez tahu cerita saya dari awal. Liriknya pun kena dengan jiwa saya.

“Kalau ada yang saya rasa terlalu pedih atau tidak sesuai, mungkin saya tak terima. Tapi lagu ini saya setuju kerana ia cerminan kisah sebenar hidup saya,” katanya.

Sebelum ini, pelantun lagu popular Cintaku 100% itu menegaskan dirinya telah berfikir sedalamnya untuk mengundurkan diri dalam perkahwinan selama dua tahun bersama bekas suami, Muhammad Sufian Che Isa.

Ketika ditemui XTRA, Mas atau nama lengkapnya, Mas Idayu Mesnun, 53, menjelaskan pihaknya telah mendapat rujukan daripada ahli agamawan iaitu ustaz dan mutawif sebelum membuat keputusan berpisah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Minta Petunjuk Allah Sebelum Cerai, Mas Idayu Buat Solat Istikharah Setiap Malam Di Bulan Rejab – “Alhamdulillah, Kini Saya Sangat Bahagia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Featured Sun, 4 Sep 2022

Uyaina & Raja Syahiran Tak Sabar Tunggu Kelahiran Bayi Sulung

Wah!! Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan Syahiran.

Trending Tue, 28 Jul 2020

Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Dengan Penyokong Najib

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia!

Trending Thu, 25 May 2023
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon. Saya memang minat untuk serius dalam bidang lakonan.

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

error: Content is protected !!