Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 28, 2020 @ 10:05pm

Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Dengan Penyokong Najib

Itu apa yang dapat disimpulkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan kelakuan penyokong mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.

Dr Noor Hisham juga sempat meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang ditunjukkan oleh penyokong tersebut menerusi ciapan di laman Twitter miliknya .

Malah, Dr Noor Hisham Abdullah memberi reaksi itu selepas seorang wakil rakyat dilaporkan bimbang berlaku kluster baharu susulan perhimpunan  tersebut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat berkata, wabak itu masih menular dalam negara dan sebarang usaha pencegahan perlu dilakukan dengan berdisiplin.

” Terutamanya apabila hari ini kita dengar ada satu himpunan di mahkamah, kita bimbang berlaku kluster baharu akibat daripada satu perhimpunan yang tidak dikekang dan dikawal.

” Langkah pencegahan wajib diamalkan malahan lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan ini benar-benar tamat. Kita tidak kalah, tetapi kita belum menang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Apr 2020

#StayAtHome, TikTok ‘Mop Lantai’ Yuna Kini Ditonton Setengah Juta Orang. Wow!

Part pakai baju kahwin tu, pergh! Gigih giler kot Yuna.

Events Fri, 11 Mar 2022
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Isu Ops Sky, Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Hanya Sebagai Duta

Datuk Jalaluddin Hassan tampil memberikan respons susulan isu SPRM.

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

error: Content is protected !!