Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2021 @ 4:31pm

Fail Cerai 10 November Lalu, Nynaa Harizal Tetapkan 7 Syarat Jika Suami Mahu Bertemu… Dah Macam Puteri Gunung Ledang!

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, hari ini memaklumkan dia perlu mematuhi tujuh syarat yang telah ditetapkan sekiranya mahu berjumpa isterinya.

Seperti cerita klasik Melayu Puteri Gunung Ledang, perkara tersebut dimaklumkan oleh Nynaa menerusi panggilan telefon yang dibuat kepada suaminya 12 November lalu.

Menurut Fahmi, pada awalnya beliau mengakui gembira kerana akhirnya dapat mendengar suara isterinya itu namun Nynaa akhirnya memaklumkan perkara berkenaan  beserta syarat-syarat lain.

“30 saat masa dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati.

“Ada tujuh syarat dan antaranya hanya boleh berjumpa di pejabat peguamnya, perlulah datang seorang diri dan tak boleh rekod apa-apa.

“Selain itu, saya juga tidak dibenarkan membawa pemandu, pengawal peribadi, keluarga dan juga media.

“Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat? Dia kata dia tidak dibenarkan keluar daripada Johor. Siapa yang tak benarkan? Itu yang menjadi persoalan saya,” katanya.

Ibu mertua dan masalah kewangan mungkin menjadi faktor utama

Memetik laporan Gempak, Fahmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AMFI Group tidak menafikan isu kewangan mungkin menjadi faktor utama terjadinya konflik rumah tangga mereka.

“Before kahwin memang family dia okay je, baik rapat. Cumanya, selepas bertunang, keluarga dia especially mak dia jadi lain sikit dengan saya, dari segi layanan.”

“Malah sehingga pertengahan Oktober, ada masalah sikit berlaku. Kewangan juga antara faktor. Tapi saya tak boleh jelaskan perincian tersebut,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Bapa Pelakon Didakwa Ugut Guna Pistol: Suami Fail Nusyuz, Beri Nynaa Harizal Tempoh 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Trending Wed, 6 Jun 2018

Tengok Anak Bulan Syawal 14 Jun

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Featured Thu, 25 Oct 2018

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Kalau nak gambar dapat banyak tanda suka, foto-foto yang dimuat naik mestilah kena perfect!

Trending Sun, 18 Feb 2018

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun Karam Sebelum Sempat Belayar Mengelilingi Dunia

Hiburan Thu, 4 Jun 2026

Mahu Luaskan Pengaruh Muzik Di Malaysia, Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta

Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh muncul dengan Natijah Cinta.

Hiburan Mon, 8 Jan 2024

“Stesen TV Tak Boleh Ambil Mereka Walaupun Popular” – Rashid Sibir Mohon Jangan Terima Artis Bermasalah Berlakon

“Niat kita suci, kita nak biar orang tengok produk kita dan puji” – Rashid Sibir

Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

error: Content is protected !!