Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 8, 2024 @ 7:46pm

“Stesen TV Tak Boleh Ambil Mereka Walaupun Popular” – Rashid Sibir Mohon Jangan Terima Artis Bermasalah Berlakon

Pengarah terkenal, Rashid Sibir menegaskan bahawa pelakon yang tidak berdisiplin serta terpalit isu moral perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

Baginya, perkara tersebut amat penting supaya mereka mengambil pengajaran serta tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Apabila tidak terbabit dengan isu moral, barulah boleh dijadikan idola. Untuk pilih pelakon, kena tahu siapa dia dan apa aktiviti kehidupannya,” katanya.

Menurut Rashid, akui pelakon popular memiliki jumlah pengikut yang ramai, justeru peminat cenderung untuk meniru dan mengikuti cara hidup mereka.

“Sebabnya peminat mudah terpengaruh dengan gaya hidup mereka. Kita angkat pelakon sebagai ‘role model’ dalam masyarakat menerusi sikap mereka yang baik,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, suatu ketika dulu, pelakon begini akan digam oleh stesen TV, namun sekarang tiada lagi.

“Mungkin perkara ini boleh balik kepada Kementerian Penerangan semula. Jika ada insan seni terbabit dengan kes tak bermoral, boleh digam setahun atau dua tahun.

“Stesen tak boleh ambil mereka walau popular manapun. Niat kita suci, kita nak biar orang tengok produk kita dan puji, bagusnya pelakon ini,” ujarnya.

Mengambil beberapa pelakon sebagai contoh yang baik, Rashid mengagumi Allahyarham M Rajoli dan Datuk Rosyam Nor yang sentiasa mengutamakan etika dalam kerjaya lakonan.

“Suka pilih pelakon yang ada latar belakang baik supaya penonton tengok rasa kebaikan mereka. Dapat terima dan jadikan contoh seperti Allahyarham M Rajoli dan Datuk Rosyam Nor,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Featured Mon, 5 Aug 2024

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Memang satu konsert yang mantap dari Dolla! Fly high Dolla

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Inteam Bakal Gegar Axiata Arena Dengan Konsert 25 Tahun Nur Kasih

Inteam bakal mencipta sejarah tersendiri dengan konsert mega 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026.

Featured Thu, 4 Sep 2025

Siti Nurhaliza Bersolidariti, Sertai Gerakan Penghantaran Makanan Buat Rakyat Indonesia 

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga”. Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung krisis yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Kata Siti atau nama […]

error: Content is protected !!