Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2024 @ 5:19pm

“Bila Berlaku Perpisahan Jagalah Aib Hingga Ke Akhir Hayat, Baru Darjat Kita Diangkat Tinggi” – Didie Alias

Susulan banyak berlakunya kes perceraian dalam kalangan rakan artis, pelakon, pengacara dan pelawak popular, Didie Alias tampil memberikan respons.

Sebagai seorang isteri dan ibu kepada lima cahaya mata yang pernah melalui fasa perceraian,  Didie menerusi perkongsiannya di Instagram Stories tampil berkongsi pandangannya berhubung kes cerai yang berlaku.

Katanya, perpisahan yang terjadi antara suami isteri memang menyakitkan, namun setiap individu yang melaluinya perlu lah menjaga aib termasuklah baik dan buruk pasangan sehingga ke akhir hayat.

“Perpisahan itu sakit. Bahagia itu indah. Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir hayat. Manis ditelan.. pahit pun ditelan baru darjat kita diangkat sangat tinggi dan dipandang mulia. Kita dah janji dengan Allah SWT,” ulasnya.

 

Terdahulu, isu perceraian antara pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura mula menjadi tumpuan masyarakat selepas aktres itu mendedahkan punca kenapa dia memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

ARTIKEL BERKAITAN:Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

Sekadar info, Didie mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia 10 tahun.

Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami yang juga pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31; Mohd Dhanial, 30; Nur Dinie, 28; Nur Dayini, 26; dan Nur Diyana, 25.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Jan 2021
Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Shark: The Storm Tampilkan Kisah Gelap ‘Survival’ Bekas Mangsa Buli

Naskhah terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon hebat!

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Featured Wed, 9 Mar 2022
Featured Thu, 9 Oct 2025

“Kerja Kebajikan Bukan Untuk Ditunjuk, Tapi Dikongsi”- Aaron Aziz Komited Dalam Misi Kemanusiaan

Kata CACIG kerjasama bersama aktor itu memebriimpak yang besar kepada komuniti di Kemboja.

Featured Fri, 25 Oct 2019
Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

error: Content is protected !!