Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 11, 2021 @ 3:06pm

Bapa Nynaa Harizal Mengaku Tidak Bersalah Ugut Guna Pistol

Bapa kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Tertuduh, Harizal Hashim, 49, yang merupakan seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Memetik laporan Utusan, berdasarkan pertuduhan, Harizal yang merupakan bapa kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan RM5,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlang selama 25 tahun berkhidmat dengan TUDM bagi mengurangkan jumlah ikat jamin.

Tertuduh turut memohon tempoh untuk perbicaraan akan datang memandangkan buat masa ini dia sedang mengupah peguam bagi menguruskan proses perceraian anak perempuannya secara baik.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.

Akhbar sebelum ini melaporkan suami kepada pelakon Nynaa iaitu Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengatakan isterinya ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim pada malam 1 November lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku ketika di set penggambaran sebuah drama di daerah ini sebelum bapa mentua bertindak ‘menculik’ isterinya untuk tujuan berubat.

Ketika kejadian, ibu dan bapa mentuanya serta abang iparnya dikatakan telah datang ke set penggambaran sebelum ibu mentuanya bertindak menarik isterinya masuk ke dalam kereta serta membawanya pergi.

Lebih mengejutkan lagi apabila bapa mentuanya mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika menghalangnya untuk mengambil pelakon terbabit.

Dalam pada itu, Mohamed Fahmi menyatakan bahawa kali terakhir dia berhubung dengan bapa mentuanya itu pada 3 November lalu namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca bapa mentuanya bertindak sedemikian adalah disebabkan status kewangannya tidak kukuh.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

Amboiii mulut, kesian arwah 😢 Janganlah buat sebarang spekulasi

Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

Featured Mon, 9 Dec 2024

Didakwa Lupa Lirik Ketika Persembahan, Joey Daud Tepis Dakwaan Mas Idayu – “Mana Ada Lupa Lirik?”

Joey Daud menepis dakwaan juri tetap bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke-4 iaitu Mas Idayu

Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

error: Content is protected !!