Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2024 @ 3:50pm

Persoal Kematian Abang, Aufahanie Selar Individu Sebar Fitnah Melampau!

Penyanyi, Aufahanie meluahkan rasa kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab mendakwa kematian allahyarham abangnya, Nidza Afham berpunca daripada pergaduhan bersama teman wanitanya.

Menerusi platform X, Aufahanie menepis dakwaan tersebut sekali gus mempertahankan teman wanita abangnya mengatakan mereka berdua tiada masalah malah merancang untuk berkahwin.

“Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah-olah kamu mengenali abang saya dan teman wanitanya dengan rapat? Kami semua sangat rapat dengan arwah dan juga teman wanitanya. Handphone arwah pada kami, di WhatsApp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin.

“Kami SAKSI bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakah KAMU, untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian abang saya, sedangkan kami sekeluarga masih menunggu keputusan yang pending dari pihak hospital,” katanya.

Nidza Afham
Nidza Afham

Dalam pada itu, Aufahanie turut menyeru individu tersebut untuk memadam ciapan yang berunsur fitnah melampau itu, serta diminta hadir ke balai polis bagi memberi keterangan terhadap dakwaan tersebut.

“Delete ciapan anda, berhenti sebarkan spekulasi dan fitnah terhadap arwah abang saya yang tercinta. Kami sekeluarga tidak reda dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda.

“Saya minta ada ke balai polis dan beri keterangan saksi bahawa anda MELIHAT DENGAN MATA anda dan ANDA SAKSI yang abang saya ambil nyawanya sendiri berserta BUKTI,” katanya.

Nidza Afham

Sebelum ini, Kes kematian membabitkan penyanyi, Nidza Afham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata hasil bedah siasat mendapati tiada kecedaraan fizikal terhadap pemuda berusia 23 tahun itu.

Nidza Afham ditemui di Sungai Klang kira-kira 7 malam, semalam oleh pemancing di lokasi tersebut.

Bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga Itu dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Artikel Berkaitan: “Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

Artikel Berkaitan: Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah

Artikel Berkaitan: Sayu! Rakan Baik Kongsi Video Terakhir Dengan Arwah Nidza Afham – “Kita Dah Janji Nak Berkumpul Balik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Bukan Nak ‘Berkira’ Tapi…’- Safura ‘Haramkan’ Gajet Untuk Anak-Anak

Lain ibu-bapa, lain cara didikan mereka terhadap anak-anak…betul tak?

Featured Fri, 26 Jul 2024
Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Hiburan Wed, 16 Apr 2025
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Ini Baru Betul Anak-Anak Sidek! Wanita Diluar Sana Jangan Nak ‘Cuci Mata’ Pula

Wah! Lepasni lagi ramai lah peminat wanita datang dan sokong pasukan badminton kita kan?

Events Thu, 29 May 2025

Selepas 12 Tahun, Datuk Andre Goh Buat ‘Comeback’ Di Konsert Simfoni Budaya 2.0 Bersama MPO

Datuk Andre Goh, buat kemunculan istimewa dalam Konsert Simfoni Budaya 2.0

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Siapa sebenarnya Raja Atiq, sehingga bacaan Al-Quran beliau begitu lunak sekali?

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!