Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2025 @ 12:34am

[VIDEO] Isu Ops Sky, Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Hanya Sebagai Duta

Susulan terpalit dengan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perundingan kewangan, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan tampil memberikan respons.

Katanya, kehadirannya sebagai duta syarikat perundingan kewangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Februari lalu adalah atas jemputan sebagai saksi.

“Saya di sana atas jemputan sebagai saksi… tiada istilah ikut ‘pintu belakang’. Saya dan Ziana Zain diarah untuk tunggu dalam kereta dan selepas itu kami dibawa oleh pegawai SPRM.

“Yelah, kita datang rumah orang kan… jadi kita ikut arahan orang lah. Saya pun hanya datang sebagai saksi dan beri kerjasama kepada mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2025 yang diadakan di The Grounds, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, pelakon filem popular, Ringgit Kasorga itu memaklumkan, beliau sudah berhati-hati melakukan urusan kerja tersebut, namun telah dipelawa oleh individu perantara untuk terlibat dengan syarikat berkenaan.

“Mereka sangat peramah, Alhamdulillah. Mereka ada hubungi saya tanya okay ke tarikh itu, kalau saya sibuk ke boleh tukar tarikh lain… tapi kalau saya datang waktu ini ada Sheikh Muszaphar pun ada, Ziana Zain pun ada. Jadi saya seronoklah jumpa kawan-kawan. Begitulah perasaan saya.

“Saya sudah berhati-hati pun, kita pun tak kenal siapa mereka itu. Kita dipelawa oleh orang tengah untuk bersama-sama dengan syarikat. Kita pun ada bertanya fungsi dan apa tanggungjawab saya.

“Tugas saya hanya buat posting dan ambil gambar untuk promosi saja. Saya pun tak nak cakap lebih sebab kes masih dalam siasatan.

“Dan dimaklumkan ada satu serbuan ke atas syarikat itu. Dalam fikiran saya tertanya-tanya juga soalan ‘adakah perkara ini semakin serius?’. Tapi mereka kata jangan risau sebab saya tidak terlibat apa-apa.

“Kemudian saya dapat mesej daripada orang tengah saya beritahu yang saya perlu ke SPRM untuk beri keterangan. Saya pun sendiri tak tahu transaksi syarikat mereka. Sebab tugas saya pun hanya diminta untuk promosi sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, nama Datuk Jalaluddin dan Ziana Zain menuai tumpuan selepas terpalit dakwaan penggubalan wang haram sehingga dipanggil oleh pihak SPRM.

Bahkan, sebelum ini Ziana ketika ditemui usai konsert One In A Million bagaimanapun kekal mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai isu kontroversi tersebut.

Sekadar info, pada Januari lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan dalam operasi Ops Sky.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengubahan wang haram.

Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Didakwa Bakal Dipanggil SPRM, Ziana Zain Enggan Ulas

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Perkara baik kena lah dipercepatkan.. Tahniah Anita and cik suami!

Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

Trending Thu, 18 Aug 2022
Featured Tue, 22 Jun 2021

Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan. Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir. Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya […]

Trending Tue, 28 Aug 2018

Sekuat Mana Perpaduan Rakyat Malaysia? Video Ini Dapat Membuktikannya!

Kuatkah lagi perpaduan rakyat Malaysia? Video ini dapat membuktikannya!

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut

error: Content is protected !!