Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 23, 2022 @ 3:13pm

Isteri Keguguran, Safwan Nazri Namakan Anak Sulung Muhamad Kaif – “Kita Jumpa Di Syurga Nanti..”

Isteri pelakon Safwan Nazri, Fathin Nur Amalina yang hamil empat bulan mengalami keguguran ketika pelakon itu berada di Turki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Safwan menganggap ini merupakan ujian paling besar buatnya bersama isteri.

“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja.

“Nama dia Muhamad Kaif. Maksud: Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jmpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna !

“Kita jumpa di syurga nanti ye Kaif! Teruskan doa utk mummy and daddy okay! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!” kata Safwan.

Safwan juga telah memuat naik video proses pengebumian bayi sulungnya itu menerusi perkongsian itu.

Selain itu, Safwan turut menyifatkan isterinya seorang wanita yang hebat apabila melalui saat sukar ini tanpa kehadirannya di sisi.

“Terima kasih sayang. You memang! You wanita yang sangat kuat! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey.

“Isteri saya lalui benda ni bersendirian dengan family tanpa suami. Ya Allah, hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you! Kita lalui benda ni together okay!

“Muhamad Kaif, you will always be our child, thank you temankan mummy selama ini, kita jumpa nanti okay,” katanya.

Safwan dan Fathin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Cover Semula Lagu Syamel, Kelly Azman Dikecam Netizen – “Telinga Aku Sakit Dengar U Nyanyi!”

Persembahan Kelly Azman menyanyikan semula lagu Syamel berjudul Hamba Cinta menerima reaksi buruk netizen.

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Pergi Tak Kembali… Al-Fatihah Buat Penyanyi Azreen Manan

Menurut Shah, Allahyarham yang berusia 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Kisah Viral Sun, 26 Apr 2020
Featured Wed, 11 Sep 2019
Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

error: Content is protected !!