Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2024 @ 11:00pm

Kembali Dengan Lagu Rancak, Single ‘Memerang’ Tak Sesuai Dengan Status Ibu Anak 2? Ini Respons Ayda Jebat

Penyanyi Ayda Jebat tidak mengendahkan kecaman sesesetengah pihak yang menganggap single terbaharunya berjudul ‘Memerang’ tidak padan dengan statusnya sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata.

Kembali dengan genre pop rancak seperti Pencuri Hati dan Temberang, Ayda menerima apa jua pandangan yang dilontarkan tanpa menyimpan dalam hati.

“Sudah namanya peminat. Saya rasa perkara biasa, jika ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan ‘Memerang’ ini. Ketika saya muncul dengan lagu balada, orang minta lagu rancak. Perkara sebaliknya terjadi apabila saya mengeluarkan lagu rancak, mereka mahukan lagu rentak ‘slow’.

“Tetapi saya secara peribadi saya suka lagu itu, kalau ada yang kata tak matang sebab keluar lagu begitu, saya sudah pernah keluarkan lagu yang bergenre matang sebelum ini. Lagu sebegini yang memperkenalkan nama saya dalam industri muzik.

“Sekiranya ada yang komen mengenai lagu ini dan kaitkan dengan status saya sebagai ibu anak dua, saya rasa itu perkara yang subjektif,” katanya kepada XTRA.

Menurut bintang yang dikenali menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% ini, Ayda menjelaskan konsep lagu ‘Memerang’ yang dicipta sepenuhnya oleh Ezra Kong adalah untuk mengembalikan ‘vibes’ muzik yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Jika dulu masa muda saya teringin untuk kelihatan dewasa, tetapi sekarang apabila sudah dewasa saya fikir perlu untuk masuk dengan generasi sekarang.

“Saya kembali dengan identiti saya menerusi lagu ‘Memerang’. Perlu selari dengan peredaran zaman. Karya ini merupakan sebuah lagu percintaan yang mengisahkan seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.

“Menariknya lagi, muzik video ‘Memerang’ menampilkan ramai selebriti dan pempengaruh seperti selebriti popular Indonesia, Grabriel Phrince dan ramai bintang tempatan seperti Liza Abdullah, Kasih Iris Leona, Ceddy Ang, Rose Nicotine dan anak sulung saya, Ana Nayla,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Sat, 26 Jul 2025
Events Thu, 24 Jan 2019

Hilton Malaysia Launches Sale on Wedding Packages!

It’s a good year to get married.

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Pick Up Line Coach Yin Buat Sajat Menggelikan!

Apa yang menjadi perhatian dan membuat netizen menyampah dengan tindakan Coach Yin?

Featured Fri, 10 Apr 2026

Muat Naik Foto Berbaju Melayu, Jefri Nichol Tegur DMA Islam Minta ‘Stretching’ Sebelum Ambil Gambar

DMA Islam sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto dirinya tampil segak mengenakan baju Melayu lengkap bersampin hitam di media sosial.

Featured Tue, 9 Jun 2026

“Yang Baik Kita Ambil, Yang Buruk Ketepikan” – Iman Troye Harap Netizen Henti Hukum ‘Content Creator’

Iman mengakui, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan ia adalah proses pembelajaran.

error: Content is protected !!