Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2026 @ 12:29pm

“Yang Baik Kita Ambil, Yang Buruk Ketepikan” – Iman Troye Harap Netizen Henti Hukum ‘Content Creator’

“Tindakan itu penting dan kita kena lihat pada sudut positif”.

Demikian respons penyanyi, Iman Troye terhadap isu kontroversi melibatkan tindakan pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae baru-baru ini.

Kata Iman, tindakan merakam momen tegang itu kemudian berkongsi pula di media sosial secara tidak langsung menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya pada dirinya.

“Saya sendiri ada anak buah, jadi saya tahu macam mana perasaan abang dengan kakak saya sebab mereka dah jadi parents kan?. Jadi saya percaya juga jaga anak buah saya macam jaga anak sendiri.

“Saya tahu risaunya bila tengok anak jatuh, tak sedarkan diri macam tu kan? Jadi bagi saya, mungkin ada sebab kenapa Abang Rizal post on social media sebab topik ni very sensitive, sensitif untuk orang lain juga. Tapi setiap orang ada pendapat yang berbeza.

“Cumanya saya faham kenapa Abang Rizal post. Dia nak spread awareness. Dia sendiri adalah public figure dan dia ada followers yang ramai. Dia ada stage untuk dia post apa benda yang terjadi dalam hidup dia.

“Mungkin dia sendiri trauma dengan apa yang terjadi sebab dia sendiri parents dan ada anak kan? Saya sendiri bila saya tengok video Abang Rizal, saya belajar something begitu juga pada parents di luar sana,”  katanya.

Iman mengulas isu berkenaan ketiak ditemui pada majlis pelancaran Konsert Spotlight KL yang akan berlangsung pada 22 Ogos dan 12 September depan.

Bagaimanapun sedar dengan pelbagai respons terhadap kenyataan mempertahankan pasangan itu, Iman mengakui, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan ia adalah proses pembelajaran.

Tegasnya, setiap teguran seharusnya disampaikan dengan cara yang berhemah dan beradab, bukannya dengan menghukum atau menjatuhkan seseorang.

“Bagi saya yang baik kita ambil yang baik, yang buruk kita diketepikan. Setiap orang belajar dalam hidup ni, setiap manusia ni belajar. Jadi yang buruk kita buang tepi, yang baik kita ambil. Manusia takkan lari daripada kesilapan.

“Saya sebab dia keluar random saja dekat Threads saya, jadi saya rasa macam mungkin ada orang salah faham. Jadi mungkin dengan cara salah faham tu bila kita explain, mungkin orang macam “Oh, ada orang yang akan faham. Jadi yang mungkin ada opinion lain tu tak apa, terpulang pada mereka.

“Sebenarnya nak menegur tu boleh, tapi dengan cara yang baik. Sebab kita pun manusia kita tak pernah lari daripada buat silap kan? Setiap orang buat salah juga, tapi janganlah senang-senang menghukum.

“Kita doa yang baik-baik, kita cakap yang baik-baik sebab dosa dengan Allah tu mungkin Allah boleh ampunkan, tapi dosa dengan manusia tu kita belum tahu,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan Ryzal menyorot perhatian ramai apabila dia berkongsi hantaran video berhubung detik cemas selepas anak lelakinya, Rian dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh dari katil.

Artikel Berkaitan:“Pandang Positif! Isu Ini Mungkin Boleh Bantu Ibu Bapa Lain Di Luar Sana” – Iman Troye Backup Ryzal Ibrahim

Artikel Berkaitan:Insiden Anak Terjatuh Katil Jadi Pengajaran Besar, Maryam Durian Kimchi Syukur Rian Kembali Ceria & Sihat – “Sepanjang Tempoh Pemerhatian Tiada Simptom Luar Biasa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Was Hailey Bieber Allegedly Throwing Shade At Selena Gomez With “I’ll Kill You” Instagram Story?

Hailey was probably just listening to the wrong song at the wrong time.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

DUKES Kembali Gegarkan Indie Rock Dengan ‘Little Talks’, Imbau Zaman Cinta Remaja

Little Talks menyuntik elemen nostalgia dengan pengaruh Blink-182

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual Pelakon Kanak-Kanak: “SENIMAN Sedia Bantu, Mangsa Harus Buat Laporan Rasmi” – Hafiz Nafiah

Mewakili Persatuan SENIMAN, Hafiz Nafiah menggesa pelakon yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual buat laporan rasmi.

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Events Fri, 21 Jun 2019

I Can See Your Voice Musim Kedua Lebih Mencabar?

Jangan ketinggalan untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada AHAD Ini!

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

东于哲「30小时不睡觉」拍摄《黑白说》MV

东于哲暌违两年推出新歌《黑白说》回归本地乐坛!为了把MV呈现最好的视觉效果,两人和制作团体牺牲了睡眠时间,足足用了30个小时。

Featured Fri, 14 Nov 2025

“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

“nikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita ? Dolla, tolonglah berubah” – Asma’ Harun

error: Content is protected !!