Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 11, 2024 @ 2:01pm

“Itu Bukan Gereja, Tapi Dewan Komuniti” – Alif Satar

“Itu bukan gereja, tapi dewan komuniti,” jelas kumpulan Alif Satar & The Locos susulan dakwaan mereka membuat konsert di sebuah gereja ketika berada di London, baru-baru ini.

Difahamkan, mereka telah mengadakan konsert jelajah di United Kingdom yang bertempat di St John’s, Hyde Park, London, pada 28 April lalu.

Menurut Alif, mereka juga peka dengan sensitiviti agama ketika ditawarkan oleh penganjur untuk membuat konsert di situ.

“Saya sendiri sensitif dalam hal ni. Ketika mendapat undangan, kami pun tertanya-tanya sama ada betulkah kami akan buat persembahan di situ walaupun kami tahu ada penyanyi tempatan yang pernah menyanyi di tempat tu.

”Tapi, penganjur yang membuat tawaran itu pun orang Malaysia. Dia bagi tahu itu adalah dewan komuniti. Bila sampai di sana memang kami lihat ada orang muslim, ada juga yang bukan muslim jadikan tempat itu sebagai taska yang kita boleh lihat kanak-kanak bermain.

”Jadi, saya tak mahu ulas secara terperinci perkara ini kerana taknak mengganggu sensitiviti agama,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Alif ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Kumandang di Hotel W Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Alif menyatakan keputusannya untuk berdiam diri sebelum ini kerana ramai pihak yang sudah menjelaskan perkara itu kepada individu yang menularkan video konsert tersebut.

Menyedari perkara itu, Alif turut menyatakan individu terbabit sudah pun memadam video yang tular tersebut.

“Sebenarnya saya tak perlu jawab perkara ini kerana ada orang lain yang sudah menjawab di bahagian komen tersebut. Saya sendiri pun masa isu tu keluar saya berbincang dengan ahli kumpulan yang lain untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

”Untuk makluman, saya sendiri bawa ustaz saya untuk periksa tempat itu bersama. Jadi, kami menganggap mereka tidak tahu dan kami yakin satu hari nanti mereka akan tahu. Saya pun tak suka gaduh-gaduh sebab bila baca komen ni boleh tahan juga.

”Bagi saya, manusia buat kesilapan. Sama ada artis ataupun tidak, kita bukanlah orang Islam terbaik dan sempurna. Tapi, kami tahu batasan dan hormati tempat sembahyang penganut agama lain.

”Lagipun tempat itu bukan lagi tempat sembahyang. Ia sebuah gereja yang lama yang tiada sebarang simbol dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Alif Satar & The Locos telah bekerjasama dengan Marriot International Malaysia buat pertama kali dengan melancarkan lagu Kumandang untuk mempamerkan kecemerlangan ‘hospitaliti’ pusat penginapan tersebut melalui muzik.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

Trending Thu, 8 Mar 2018

Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter

Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau

Trending Sun, 1 Aug 2021

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya. Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan […]

Featured Fri, 4 Jul 2025

Gitaris Ditahan, Belasah Jiran Guna Pemegang Gitar

Komposer tdan gitaris kumpulan terkenal itu bagaimanpun dibebaskan dengan ikat jamin

Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!