Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 4, 2025 @ 12:25pm

Gitaris Ditahan, Belasah Jiran Guna Pemegang Gitar

Komposer yang juga gitaris sebuah kumpulan ditahan polis selepas menyerang jirannya.

Kejadian dilaporkan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pintu bilik air di sebuah rumah sewa di Pandan Indah, Ampang pada Rabu.

Memetik laporan Harian Metro,  kejadian berlaku pada 30 Jun lalu,  apabila mangsa yang sedang tidur di biliknya terdengar bunyi pintu bilik air dihempas dengan kuat oleh suspek, yang juga penyewa di rumah tersebut.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak berpuas hati turut melakukan hal sama menyebabkan gitaris berkenaan hilang sabar dan menyerang mangsa menggunakan pemegang gitar.

Pergaduhan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian lengan sekaligus mendapatan rawatan di Hospital Ampang.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 50-an dan bekerja sebagai tukang masak manakala, gitaris berkenaan pula berusia 46 tahun.

Susulan insiden berkenaan, pihak polis bertindak menahan suspek pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin polis setelah percakapannya dirakan pada hari sama ditangkap.

Kes disiasat dibawah Selsyen 324 Kanun Keseksaan  merujuk kepada dengan sengaja menyebabkan kecederaan  menggunakan senjata dan Seksyen  506 Kanun Keseksaan  merujuk kepada ugutan secara jenayah.

Jika sabit kesalahan dibawak Seksyen 324, hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala, bagi Seksyen 506, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun  atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Setiap orang berhak bahagia kan.. Siapa pun pilihan mereka, kita doa je baik baik 🥰☺️

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Tidak Semua Kebencian Datang Dari Kesalahan” – Hantaran Sheila Rusly Cetus Tanda Tanya

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Dakwaan Disogok RM5 Juta, Polis Bakal Rekod Keterangan Farid Kamil

Pihak Polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Mon, 28 Apr 2025

Pendidikan Tinggi, Tapi Pilih Jadi Suri Rumah? Leona Anggap Satu Pengorbanan Hebat

Leona tak setuju pemikiran rugi wanita berpelajaran hanya jadi suri rumah

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Menurut Aaron, dia pernah didatangi individu yang mendakwa sudah mengeluarkan dana untuk projek yang kononnya membabitkan dirinya, sedangkan tiada sebarang perjanjian pernah dimeterai.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Fri, 7 Mar 2025

Madammu Sokong Ridzokumura Buat ‘Live’, Minta Henti Spekulasi Isu Kematian Akiko – “Mereka Happy Family, Stop Komen Mengarut Dibulan Puasa Ni”

Madammu juga menyokong tindakan rakannya itu berkongsi maklumat terkini dan penjelasan lanjut mengenai situasi yang berlaku.

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Hariz Hamdan Simpan Dendam Terhadap Abang Ipar

Menyimpan dendam terhadap abang ipar menjadi cabaran Hariz Hamdan dalam drama bersiri Seindah Hujan Cinta.

error: Content is protected !!