Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 9, 2018 @ 9:00am

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Hari ini merupakan tarikh keramat bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang ditunggu-tunggu oleh anda bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Bagi anda yang masih beratur tunggu giliran mengundi itu, harap bersabar ya!

Penulis nak bagi tahu bahawa, dakwat kekal yang ada pada jari anda selepas mengundi mampu bertahan selama 20 hari. Jadi, jangan gigih sangat nak cuci sampai bersih sebab memang sukar untuk dihilangkan!

Kalau anda nak tahu, dakwat kekal tersebut menelan peruntukan yang besar hampir RM5 juta dan ia dihasilkan di sebuah kilang Mysore Paints and Varnish Ltd, di Karnataka, India. Menurut pengarang dan bekas wartawan Syahril A. Kadir turut kongsikan tentang kilang yang menghasilkan dakwat kekal itu.

Foto: Facebook Syaril A. Kadir

Foto: Facebook Syaril A. Kadir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menempah 100,000 botol dan kesemuanya berharga hampir RM5 juta. Aku difahamkan semuanya dah sampai pun ke Malaysia. Lepas dicalit di jari, dalam 40 saat keringlah dakwat tu,” katanya.

Selain itu, kilang itu merupakan satu-satunya yang menghasilkan dakwat kekal pilihan raya untuk negara serta turut menerima tempahan dari negara lain seperti Malaysia, Kemboja, Thailand, Nigeria, Afrika Selatan dan Nepal.

Foto: Facebook Syaril A. Kadir

Botol dakwat yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam botol 60ml di mana 5ml dakwat boleh digunakan kepada 300 pengundi.

Semoga info ini bermanfaat dan menjawab persoalan dalam fikiran anda tentang dakwat ini. Jangan fikir lepas mengundi dakwat di jari akan terus hilang, bersabarlah tunggu 20 hari untuk hilangkan dakwat itu ya. 

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir , Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Tue, 23 Apr 2024
Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Featured Mon, 13 Feb 2023

Altimet Bidas Individu Pertikai Cara Penilaian Juri AJL 37

Setiap tahun mesti akan ada isu ni.. Hmm

error: Content is protected !!