Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 13, 2023 @ 8:00pm

Altimet Bidas Individu Pertikai Cara Penilaian Juri AJL 37

Acara berperstij tahunan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 telah berakhir dan menempatkan penyanyi Aina Abdul sebagai juara.

Susulan itu, ada yang mendakwa para juri telahpun mengetahui kedudukan pemenang AJL 37 lebih awal.

Malah isu tersebut seakan berbangkit pada setiap tahun mengenai keraguan pihak juri dalam mengenali acara ternama ini.

“Dah tau awal kan siapa menang AJL. Malam ni nak tengok vokal and persembahan je kot,” dakwa netizen berkenaan.

Menyedari imej cara penjurian AJL 37 menjadi pertikaian, salah seorang juri, penyanyi rap Altimet tampil membidas netizen tersebut berdasarkan sebuah ciapan di Twitter miliknya pada pagi tadi.

Jelasnya, AJL adalah sebuah pertandingan yang mengambil kira dari aspek lagu tersebut.

“AJL ni pertandingan tulis lagu, bukan nyanyi lagu. Jadi penilaian utama pada melodi, lirik. Gubahan (arrangement) & persembahan juga diambil kira.

“Jadi sebahagian markah tak perlu diberikan dengan menonton persembahan. Tapi tak adil bila tak nilai penyampaian lagu tu,” jelasnya.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Tahniah! Rea Kool FM Nikah 18 November

ambah Rea atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad segala persiapan kahwin yang berbaki dua bulan lagi telah selesai.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Hiburan Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Digelar Pembawa Bala Oleh Netizen? Ini Respons Baby Shima

Allahu tak baiknya cakap macam tu.. Siapa lah kita untuk menghukum? 😔

error: Content is protected !!