Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina February 3, 2020 @ 4:55pm

[TOP 5] Memang Naik Bulu Roma, Lihat 5 Tempat Paling Seram Di Malaysia!

Pengalaman seram dan tempat misteri di Malaysia memang tidak pernah lari daripada menjadi topik hangat rakyat Malaysia. Tahukah korang di manakah tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan daripada dulu sehingga sekarang?

Tidak dapat dinafikan, Malaysia juga tidak kurang hebatnya kerana lokasi seram ini adalah tempat yang kita selalu kunjungi.  Mungkin korang juga pernah alami pengalaman seram di tempat yang Xtra senaraikan ini.  Jom kita tengok TOP 5  tempat paling seram di Malaysia!

1. First World Hotel, Genting Highland

Rasanya semua rakyat Malaysia bersetuju jika tempat ini merupakan tempat misteri di Malaysia yang paling ditakuti. Dengar kata, para pelancong yang datang menginap di sini seringkali diganggu dan terlihat entiti aneh.

Paling teruk lagi, penginap yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba.  Bukan itu sahaja, ramai individu telah membunuh diri setelah kalah dalam aktiviti judi. Kadang-kadang, anda mungkin akan terbau colok yang merupakan makanan entiti tersebut.

 

2. Highland Towers. Selangor

Walaupun dari luar kelihatannya bangunan tersebut kelihatan gah berdiri, namun indah khabar dari rupa. Tragedi runtuhan 1 daripada 3 blok kondominium di Highland Towers pada 11 Disember 1993 itu merupakan satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Runtuhan mengerikan itu telah mengorbankan sebanyak 40 nyawa. Khabarnya, ramai yang terganggu  dan pernah dirasuk di situ. Paling scary, ada juga pemandu teksi yang membawa penumpang untuk turun ke situ kerana ingin mengambil kaki dan tangannya yang tertinggal!

 

3. Penjara Pudu, Kuala Lumpur

Penjara Pudu memang sangat terkenal sebagai tempat misteri di Malaysia, terutama sekali buat pekerja penjara serta anak muda yang sering berurusan di sana. Ramai yang sering terdengar bunyi jeritan dari bilik pelaksanaan hukum gantung sedangkan tiada sesiapa dalam bilik tersebut. 

Untuk pengetahuan korang, Penjara Pudu yang merupakan kem tahanan pihak Jepun pada suatu masa dahulu yang mempunyai 2 ribu tahanan. Kalau korang masih ingat lagi, Botak Chin pernah menjadi tahanan di sini dan telah dihukum gantung pada tahun 1991. Namun, pada tahun 2009, Penjara Pudu ini telah dirobohkan.

 

4. Hotel Tambun Inn, Perak

Jika ada di antara korang yang tahu tempat ini, pengunjung yang menginap di hotel ini sering diganggu dengan kerap. Terletak di Tambun Ipoh Perak, sesiapa yang melintas di kawasan ini juga akan berasa pelik dan mengalami sesuatu yang misteri.

Antara perkara seram yang pernah berlaku adalah kenderaan yang melalui kawasan ini akan berasa berat secara tiba-tiba. Terletak berhampiran Jerat Cina, mereka yang menginap di sini juga pernah mendengar tangisan seseorang tetapi tidak tahu milik siapa.

Hotel ini juga sering mengalami perkara menakutkan seperti suis dihidupkan dan dimatikan secara tiba-tiba. Yang paling tidak dapat dilupakan, ada penginap yang tidur di bilik lain tetapi, keesokan harinya pula bangun  di tempat lain.

 

5. Balai Polis Gombak

Terletak di Jalan Bentong Karak lama, bangunan ini agak tersorok dek persekitaran hutan yang tebal. Balai Polis Gombak ini dikelilingi oleh halamannya yang cantik seakan ada yang ‘menjaga’. 

Al-kisahnya, ada yang mengatakan bangunan ini telah wujud sejak sebelum zaman Jepun lagi kerana terdapat kawasan kubur lama tidak jauh dari tapak bangunan.

Kalau korang berkunjung ke tempat yang disenaraikan ini, jangan sesekali bermulut celupar, kerana“ia”akan menghantui  hidup korang!

Sumber: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Aug 2025
Featured Sat, 7 Jan 2023

Langgar Injuction Order, Puteri Sarah Bakal Saman Ira Kazar? – “Bolehlah I Saman RM10 Juta Pula Ya”

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mendakwa madunya, Ira Kazar melanggar perintah injuksi dan meghina mahkamah. Sarah telah berbincang bersama peguamnya dan memberi bayangan untuk menyaman RM10 juta terhadap individu terbabit. “Baru berbincang bersama peguam saya […]

Trending Mon, 22 Jul 2019

Neelofa Launches UK-Based Premium Merchandise with ‘LofaBrand’

Neelofa sets to conquer UK with ‘LofaBrand’, a collaboration with Coolulu.

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Muka Berubah Bila Aku Tegur…” – Atiq Azman Dakwa Ada Selebriti Rasa Diri Terlalu ‘Star’, Pilih Kawan Di Set

Atiq turut mendakwa dia dapat merasakan perubahan riak wajah pelakon terbabit apabila cuba bertegur sapa, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada rakan-rakan lain.

Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

error: Content is protected !!