Euforia Bola 2026
Drama By: Padin February 16, 2024 @ 10:33am

Tonton Apa Hari Ni: ‘My Lovely Driver’

Mempunyai pemandu peribadi sememangnya adalah kelebihan yang memudahkan pelbagai urusan. Drama slot Akasia terbaharu yang berjudul ‘My Lovely Driver’ menonjolkan sisi unik tentang dinamik majikan dan pemandu peribadi.

Sam (lakonan Trisha Ooi) adalah seorang usahawan perniagaan atas talian. Seperti ramai rakyat kebanyakan, Sam juga berhadapan dengan cabaran tanggungan di rumah yang banyak. Malah, situasinya lebih sukar kerana dia perlu menanggung hutang arwah bapanya. Oleh demikian, Sam tiada pilihan selain mencari kerja tambahan. Hasratnya untuk menjadi pemandu e-panggilan atau juga dikenali sebagai ‘e-hailing’ sepenuh masa telah mendapat sokongan Jojo. Manakala perniagaannya itu akan dibantu oleh Jojo.

Manakala, Adli (lakonan Hisyam Hamid) merupakan seorang yang sering menggunakan perkhidmatan panggilan kereta walau ke mana destinasinya. Hal ini bermula setelah dia terlibat dalam sebuah kemalangan lima tahun lalu.

Takdir telah menemukan Adli dengan Sam yang saling melengkapi keperluan masing-masing. Adli mula selesa dengan kehadiran dan khidmat Sam sebagai pemandu sehinggakan dia sanggup mengupah Sam untuk mejadi pemandu peribadinya secara tetap. Pada masa yang sama, Sam juga mengambil peluang ini untuk mendalami ilmu perniagaan.

Adakah dinamik hubungan mereka ini akan kekal lama?

Cerita Apa? ‘My Lovely Driver’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 28 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Sikap buruk manusia membawa derita.

Drama Sat, 20 Apr 2024
Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Drama Thu, 23 Apr 2020
Drama Wed, 10 Jan 2024

Imbas Kembali: 5 Drama Tahun 2023 Yang Wajib Ditonton

Pelbagai genre dengan jalan cerita yang mantap!

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Drama Thu, 21 Dec 2023

5 Bakal Hero Malaya Ini Memantapkan Siri ‘Alice Kampung Baru’

Kenali muka-muka yang memainkan peranan dalam siri ini

Drama Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!